Harian Metro

‘Imam’ ambil deposit lesap

-

Kuantan: Hasrat seorang pegawai jabatan kerajaan untuk mengubah suai rumahnya di Perumahan Pandan Perdana di sini, lebur apabila diperdaya seorang lelaki yang dikenali sebagai Imam hingga menyebabka­nnya kerugian RM5,000.

Suspek berusia 48 tahun dipercayai meminta deposit RM5,000 daripada mangsa tetapi hingga kini proses mengubah suai rumah itu belum dilaksanak­an.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian berlaku pada 25 Mac lalu apabila mangsa lelaki berusia 34 tahun membuat pindahan wang itu kepada akaun bank milik suspek.

“Wang itu sebagai deposit pengubahsu­aian rumahnya. Suspek mengeluark­an resit biasa tanpa ada nama syarikat sebagai bukti pembayaran kepada mangsa,” katanya.

Mohd Wazir berkata, suspek berjanji membuat pengubahsu­aian rumah mangsa bermula 12 April lalu tetapi hingga kini tidak memulakan proses pembinaan.

“Mangsa menghubung­i suspek beberapa kali tetapi tiada jawapan daripadany­a sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, semalam (kelmarin),” katanya.

Dalam kes berasingan, Mohd Wazir berkata, seorang pembantu operasi berusia 40 tahun kerugian RM4,610 selepas diperdaya sindiket yang menawarkan pinjaman wang tidak wujud di Facebook.

Menurutnya, kejadian berlaku pada 15 April lalu apabila mangsa berminat membuat pinjaman peribadi selepas melihat iklan di Facebook sebelum menghantar mesej kepada syarikat berkenaan.

“Mangsa menerima mesej Whatsapp daripada seorang lelaki yang mendakwa ejen syarikat berkenaan sebelum diminta menghantar beberapa dokumen peribadi kepadanya.

“Untuk tujuan pinjaman, mangsa perlu membuat beberapa bayaran untuk tujuan seperti insurans, pendahulua­n pinjaman dan peguam ke dalam akaun yang diberikan suspek.

“Bermula 18 April lalu, mangsa membuat beberapa kali transaksi wang sehingga menjadikan jumlah keseluruha­n RM4,610,” katanya.

 ??  ?? MOHD Wazir
MOHD Wazir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia