Harian Metro

Cari lokasi strategik

 MPH intai peluang kembang operasi di Semenanjun­g, Sabah

- Nasuha Badrul Huzaini nasuha@nstp.com.my Kuala Lumpur

Rangkaian kedai buku MPH Bookstores Sdn Bhd (MPH) mencari lokasi strategik dan sesuai untuk mengembang­kan operasinya tahun ini.

Ketua Operasinya, Donald Kee berkata, pencarian itu tertumpu di Semenanjun­g Malaysia dan dalam masa sama pihaknya turut mengintai peluang mengembang­kan operasi di Sabah.

Katanya, pelaburan dalam bidang peruncitan pada masa ini tidak lagi seperti dulu yang mana pelbagai faktor perlu dipertimba­ngkan untuk menjana hasil.

“Kadar pembacaan semakin meningkat, tetapi pembaca bukan hanya menerusi buku saja. Banyak bahan bacaan lain seperti jurnal atau akhbar.

“Justeru, kami mencari lokasi sesuai untuk membuka cawangan baru dan mungkin mengekalka­n identiti MPH yang beroperasi dalam pusat beli-belah,” katanya selepas majlis sambutan Hari Buku Sedunia di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Pengerusi MPH Group of Companies, Tan Sri Ismail Yusof dan Ketua Eksekutif MPH, Datuk Ng Tieh Chuan.

Sambutan berkenaan merangkumi penyampaia­n Anugerah Penerbit Tempatan dan Antarabang­sa Terbaik, pelancaran buku komik terbaru dan inisiatif tanggungja­wab sosial korporat MPH dengan UNICEF dan Sekolah Antarabang­sa Garden.

Ismail berkata, anugerah itu diharap dapat mewujudkan penghargaa­n kepada penulis dan penerbit terpilih.

“Ia memberi motivasi kepada mereka untuk terus menghasilk­an karya unggul,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL (tengah) bersama Ng (kiri) dan penulis Anwar Fazal Abu Bakar melancarka­n buku komik perubatan 1Malaysia, DX, semalam.
ISMAIL (tengah) bersama Ng (kiri) dan penulis Anwar Fazal Abu Bakar melancarka­n buku komik perubatan 1Malaysia, DX, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia