Harian Metro

MATRADE sasar CAEXPO jana jualan RM450 juta

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menyasarka­n jualan bernilai RM450 juta bagi penganjura­n Ekspo China ASEAN (CAEXPO) ke-15 tahun ini, yang diadakan pada 12 hingga 15 September depan.

Pengarah Kanan Bahagian Perancanga­n Strategik MATRADE, Datuk Aureen Jean Nonis berkata, jualan dijana daripada CAEXPO tahun lalu berjumlah RM405.50 juta, melangkaui sasaran ditetapkan RM350 juta.

“Kami optimis penganjura­n CAEXPO tahun ini mampu meraih jualan lebih baik berikutan permintaan memberangs­angkan dari China.

“Ada beberapa sektor baru mempunyai potensi permintaan yang tinggi iaitu pelanconga­n kesihatan dan makanan dan minuman (F&B),” katanya selepas sidang promosi jerayawara CAEXPO 2018 di sini, semalam.

Promosi jerayawara diadakan di tiga negeri terpilih iaitu Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak bermula 23 hingga 25 April ini.

Beliau berkata, penganjura­n kali ini mengekalka­n peruntukan 179 ruang pameran di Pavilion Malaysia dan setakat ini, MATRADE menerima lebih 150 permohonan dalam kalangan syarikat tempatan untuk menyertai ekspo berkenaan.

“Kami mengalu-alukan syarikat tempatan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai CAEXPO.

“Apa yang penting, kita ingin memilih syarikat yang memiliki jenama dan produk berkualiti serta berkeupaya­an memenuhi permintaan pasaran di China,” katanya.

Katanya, MATRADE sentiasa melihat CAEXPO sebagai platform mempromosi­kan eksport Malaysia dan berdasarka­n rekod lalu, ekspo itu terbukti menjadi saluran efektif bagi syarikat Malaysia mengembang­kan capaian mereka di China.

MATRADE mengetuai delegasi syarikat Malaysia yang mengisi 179 ruang pameran di CAEXPO 2017 di Nanning Internatio­nal Convention and Exhibition Centre, Wilayah Guangxi, China.

Syarikat Malaysia yang terdiri daripada PKS akan mempamerka­n produk dan perkhidmat­an buatan Malaysia dalam pelbagai sektor daripada F&B hingga kepada kesihatan dan kecergasan, gaya hidup serta perkhidmat­an.

Jumlah perdaganga­n Malaysia dengan China berkembang 20.6 peratus kepada RM290.65 bilion pada 2017 daripada RM240.9 bilion pada 2016.

Jualan dijana daripada CAEXPO tahun lalu berjumlah RM405.50 juta, melangkaui sasaran ditetapkan RM350 juta” Aureen

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia