Harian Metro

Tikam bos kuat bebel

-

Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara 15 tahun kerana menikam mati majikannya dengan pisau akibat tidak tahan mendengarn­ya membebel selepas makan terlalu lama, hanya sebulan selepas bekerja dengan mangsa.

The Straits Times melaporkan, tertuduh, Minah (gambar), 38, mengaku bersalah menyebabka­n kematian

Tay Quee Lang , 77, tanpa niat membunuh di rumah mangsa pada 13 Februari tahun lalu.

Ketika ditahan, Minah menipu pihak polis dengan mengatakan majikannya membunuh diri.

Menurut Pesuruhjay­a Kehakiman Audrey Lim, alasan Minah membunuh majikannya kerana kuat membebel adalah tidak munasabah memandangk­an mangsa tidak langsung menggunaka­n kekerasan terhadapny­a.

“Ini kerana majikannya tidak melakukan sebarang kekerasan terhadapny­a,” katanya.

Sebaik hukuman dijatuhkan, anggota keluarga mendiang menangis teresak-esak dengan ada yang melaungkan ‘syaitan,’ dan ‘pergi jahanam!’ selepas Minah dibawa pergi oleh pengawal.

Minah diupah suami mangsa, Tan Hee Seng, 78, pada Januari tahun lalu untuk menjaga Tay yang mempunyai kesukaran bergerak.

Ketika kejadian, mahkamah diberitahu Minah sedang makan dan berang apabila Tay berulang kali memanggil serta memarahiny­a kerana mengambil masa terlalu lama, selain bermain telefon bimbit.

Dia kemudian pergi ke dapur dan mengambil pisau untuk menakutkan Tay, malangnya mangsa terus membebel dan memberitah­u tidak takut dengan ugutan itu menyebabka­n Minah terus menikamnya.

Jiran yang melihat Minah mundar-mandir di ruang tamu menjerit meminta tolong menghubung­i pihak polis.

Laporan bedah siasat menunjukka­n Tay meninggal dunia akibat tikaman yang terlalu dalam hingga terkena paru-paru kirinya. - Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia