Harian Metro

Terap meritokras­i

 Norza gesa jurulatih tidak beri layanan istimewa hanya kepada pemain senior saja

- Fabian Peter fabian.mark@nstp.com.my

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (gambar) mengakui pemain senior tidak harus diberi layanan istimewa.

Menurutnya, jurulatih harus mula mengamalka­n sistem meritokras­i dan semua pemain juga harus mempunyai semangat sepasukan dengan sentiasa bersama-sama menggunaka­n segala kemudahan yang disediakan termasuk pakar sains sukan.

Ia antara faktor di sebalik kejayaan yang diukir skuad negara pada kejohanan Cabaran Antarabang­sa Malaysia di Stadium Juara, Bukit Kiara yang berakhir kelmarin apabila mempunyai wakil dalam semua lima final.

Lebih menarik, enam daripada 10 pemain yang beraksi di final berusia bawah 21 tahun.

Norza, yang sering menekankan soal pembanguna­n sejak mengambil alih jawatan presiden tahun lalu, mengakui bangga dengan perkembang­an pemain muda.

“Ia memberikan kami harapan, bahawa ada cahaya di hujung jalan. Sudah sekian lama saya menegaskan kami tidak boleh mengutamak­an pemain senior saja. Jurulatih perlu membenarka­n semua berlatih bersama dan menilai prestasi mereka.

“Disebabkan itu, pada Jun atau Julai depan, semua pemain termasuk skuad remaja dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) akan menyertai kami di akademi. Mereka akan berlatih bersama dan berkembang di bawah satu bumbung.

“Saya juga mahu semua jurulatih mengguna pakai sistem yang lebih keras, kerana seperti saya katakan sebelum ini prestasi pemain mempunyai kaitan dengan mereka,” katanya.

Daripada lima final pada Cabaran Antarabang­sa Malaysia, skuad negara meraih dua kejuaraan dalam acara beregu wanita, Soong Fie Cho-Tee Jing Yi dan gandingan muda beregu campuran, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei.

Bagaimanap­un, prestasi beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mencuri perhatian Norza.

Aaron-Wooi Yik beraksi cemerlang apabila menumpaska­n pasangan pilihan termasuk juara bertahan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pada separuh akhir sebelum tumpas dalam tiga set 17-21, 21-17, 19-21 kepada bekas juara dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia.

“Mereka mampu menjadi pasangan terbaik negara kerana cara mereka beraksi di perlawanan akhir sangat menakjubka­n. Mereka tidak gentar walaupun berdepan bekas juara dunia dan pemenang pingat emas Olimpik. Semangat ini yang kami mahu dalam kalangan pemain,” kata Norza.

 ??  ?? AARON (dua dari kanan) bersama Wooi Yik kecewa selepas kalah menentang beregu Indonesia di final kejohanan Cabaran Antarabang­sa Malaysia.
AARON (dua dari kanan) bersama Wooi Yik kecewa selepas kalah menentang beregu Indonesia di final kejohanan Cabaran Antarabang­sa Malaysia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia