Harian Metro

Amirul mahu tebus kecewa

-

Kuala Lumpur: Pemain pertahanan, Amirul Azhan Aznan mahu menebus kekecewaan berganda ekoran kegagalan Perak melayakkan diri ke separuh akhir Piala FA Sabtu lalu dengan memastikan pasukan itu mengalahka­n Kuala Lumpur, Ahad ini.

Azhan yang terlepas aksi menentang PKNS FC pada suku akhir kedua Piala FA kerana melangsung­kan perkahwina­n berkata, dia terkilan dan kecewa dengan kegagalan Perak selepas menaruh harapan supaya mereka mencapai kejayaan sebagai hadiah hari istimewany­a.

Perak tumpas 3-4 secara agregat selepas PKNS yang membawa modal 2-1 hasil kemenangan di tempat sendiri pada suku akhir pertama berjaya mengikat The Bos Gaurus 2-2 di Stadium Perak, Ipoh pada perlawanan timbal balik itu.

“Saya amat terkilan kerana tidak dapat bermain dalam perlawanan itu kerana bertembung dengan majlis perkahwina­n saya. Ikut hati, saya tetap hendak bermain tapi apa nak buat, majlis ini sudah dirancang lebih awal sedangkan jadual Piala FA hanya diketahui kemudian.

“Lebih mengecewak­an apabila kami gagal ke separuh akhir. Tapi saya tidak menyalahka­n rakan sepasukan kerana mereka sudah berusaha sedaya upaya untuk memenangi perlawanan itu, cuma rezeki tidak memihak kepada kami.

“Kini kami perlu kembali fokus untuk meraih sesuatu dalam Liga Super di samping berusaha menjuarai Piala Malaysia,” katanya.

Azhan yang kembali menjalani latihan semalam bertekad tidak mahu tercicir daripada senarai pemain yang akan melayan kunjungan Kuala Lumpur di Stadium Perak, Ahad ini, sekali pun majlis resepsi perkahwina­nnya di Ipoh berlangsun­g sehari sebelum itu.

“Kali ini saya tidak mahu terlepas lagi kerana bagi saya setiap perlawanan penting untuk Perak. Saya mahu menebus kekecewaan pada Piala FA itu dengan membantu Perak mengalahka­n KL.”

 ??  ?? AMIRUL (kiri) fokus bantu Perak kalahkan skuad City Boys, Ahad ini.
AMIRUL (kiri) fokus bantu Perak kalahkan skuad City Boys, Ahad ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia