Harian Metro

‘Pemain berhak batal kontrak’

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

 Pemain Kuantan FA digesa cari pasukan baru Mei depan

Beliau yang juga Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd bagaimanap­un berkata, pemain Kuantan FA perlu mengemukak­an surat kepada pengurusan pasukan bagi membatalka­n kontrak lama mereka.

“Bagi kes pemain Kuantan FA, mereka sebenarnya masih mempunyai kontrak bersama pasukan itu walaupun MFL sudah menyingkir­kan mereka daripada Liga-M.

“Namun, jika ikut kontrak biasa, pemain boleh meminta untuk membatalka­n kontrak mereka jika pasukan terbabit dibelenggu masalah tunggakan gaji yang lama seperti melebihi tiga atau empat bulan.

“Pemain Kuantan FA hanya membatalka­n kontrak mereka dengan mengemukak­an surat kepada pihak pengurusan terbabit dan selepas itu mereka bebas mencari pasukan lain.

“Berkenaan isu tunggakan gaji mereka yang sudah sampai ke Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) dan Persatuan Bolasepak Malaysia, ia sudah menjadi kes lain,” katanya semalam.

Hujung minggu lalu, MFL membatalka­n penyertaan Kuantan FA dalam Liga Perdana serta-merta selepas melakukan kesalahan besar tidak hadir ke Stadium Shah Alam pada 15 April lalu yang menyaksika­n kemenangan percuma 3-0 diberikan kepada PDRM.

Isu tunggakan gaji yang membelengg­u skuad itu dikatakan menjadi punca utama pemain dan jurulatih skuad The Seagulls enggan beraksi pada perlawanan ketujuh liga itu.

Malah, PFAM sudah mengemukak­an aduan kepada FAM bagi membantu menyelesai­kan isu tunggakan gaji pemain Kuantan FA.

Jika gagal, jalan terakhir untuk kes itu diselesaik­an mungkin perlu dibawa ke Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA).

 ??  ?? PEMAIN Kuantan FA boleh membatalka­n kontrak bersama pasukan.
PEMAIN Kuantan FA boleh membatalka­n kontrak bersama pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia