Harian Metro

NELAYAN JUMPA JASAD PETRUS

- Rafiqah Dahali cnews@nstp.com.my

Mangsa lemas ditemui 12 jam selepas dilaporkan hilang

ketika mandi di kawasan muara pantai Bundusan

kepada rakan kongsi perniagaan­nya.

“Lebih dua tahun Hoi Lang bekerja di sini dan sepanjang tempoh itu dia tidak pernah keluar dari Pekan Papar kerana kehidupan seharianny­a hanya di restoran dan pulang rumah.

“Kejadian ini amat mengejutka­n kerana kami sendiri tidak tahu dia membawa Petrus (Chui Ming) ke pantai ini untuk mandi. Hoi Lang berasal dari Perak dan keluargany­a akan datang ke Sabah dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, seramai 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar digerakkan ke lokasi bagi menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima panggilan pada jam 6.23 petang kelmarin.

Bagaimanap­un, katanya, operasi di sepanjang pesisiran pantai dan muara sungai berkenaan ditangguhk­an pada jam 12.50 tengah malam berikutan keadaan gelap.

“Operasi pencarian bersambung pada jam 6.30 pagi hari ini (semalam) membabitka­n 19 pegawai dan anggota termasuk tujuh anggota Pasukan Penyelamat Di Air Zon Beaufort.

“Pada jam 6.50 pagi, mayat kanak-kanak lelaki ditemui di pantai Bundusan oleh sekumpulan nelayan pada jarak satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang sebelum diserahkan kepada polis.

“Operasi mencari seorang lagi mangsa berusia 23 tahun masih diteruskan,” katanya.

 ??  ?? Pekerja restoran yang turut dilaporkan hilang masih belum
ditemui ANGGOTA
bomba mengangkat mangsa lemas di muara Sungai
Bundusan, Pengalat Besar,
di Papar.
Pekerja restoran yang turut dilaporkan hilang masih belum ditemui ANGGOTA bomba mengangkat mangsa lemas di muara Sungai Bundusan, Pengalat Besar, di Papar.
 ?? FOTO:
FOTO: ??
FOTO: FOTO:
 ??  ?? MANGSA lemas yang ditemui di muara Sungai Bundusan, Pengalat Besar, di Papar.
MANGSA lemas yang ditemui di muara Sungai Bundusan, Pengalat Besar, di Papar.
 ??  ?? PENDATANG tanpa izin yang ditahan ketika cuba memasuki daerah Tawau, di perairan Kinabutan.
PENDATANG tanpa izin yang ditahan ketika cuba memasuki daerah Tawau, di perairan Kinabutan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia