Harian Metro

Kutip 146kg landak laut, sampah

-

Semporna: Sebanyak 146 kilogram (kg) landak laut dan sampah dikutip di sekitar Pulau Sibuan serta perairan Semporna melalui Program Selam Amal ‘Save Our Coral’ anjuran KD Sri Semporna-Unit 2 Pasukan Khas Laut (PASKAL), kelmarin.

Program bermula jam 7.30 pagi itu disertai 32 penyelam KD Sri Semporna dan dibantu Persatuan Nelayan Semporna.

Pegawai Memerintah KD Sri Semporna-Unit 2 PASKAL Kapten Muhammad Rodhi Ariffin berkata, program itu diadakan sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-84.

Katanya, di samping mengeratka­n hubungan antara anggota, ia memberi peluang kepada anggota KD Sri Semporna untuk menyelam sambil beramal dengan membersihk­an kawasan dasar laut di pulau berkenaan.

inisiatif diperkenal­kan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin, Pulau Sibuan dipilih kerana ia destinasi tumpuan pelancong.

“Selain sampah, kehadiran landak laut di sekitar pulau menjejaska­n pertumbuha­n batu karang dan mengancam keselamata­n pengunjung,” katanya.

Beliau berkata, pembabi“Sejajar tan penduduk setempat dalam program itu sejajar dengan usaha meningkatk­an kesedaran masyarakat nelayan khususnya di sekitar pulau berkenaan untuk memelihara alam sekitar.

“Selama tujuh jam melakukan pembersiha­n dasar laut, kita mengutip 146kg spesies landak laut dan sampah yang ada di dua pulau berkenaan.

“Saya berharap program seperti ini akan diteruskan bagi menunjukka­n kesungguha­n TLDM dalam memupuk dan menyokong semangat cintakan alam sekitar,” katanya.

 ?? Muhammad Rodhi ?? PENYELAM yang menyertai program Save Our Coral. Kehadiran landak laut di sekitar pulau menjejaska­n pertumbuha­n batu karang”
Muhammad Rodhi PENYELAM yang menyertai program Save Our Coral. Kehadiran landak laut di sekitar pulau menjejaska­n pertumbuha­n batu karang”
 ??  ?? PENYELAM mengutip sampah di kawasan batu karang.
PENYELAM mengutip sampah di kawasan batu karang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia