Harian Metro

Buka kertas siasatan

- Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Polis menyiasat penularan berita palsu membabitka­n kemalangan yang mengorbank­an isteri dan anak saudara Ahli Jawatankua­sa (AJK) UMNO Semporna Datuk Abdul Hajan Gurimbang, minggu lalu, mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang dikuatkuas­akan pada 11 April lalu.

Ketua Polis Daerah Semporna Superinten­dan Peter Umbuas ketika mengesahka­n perkara itu berkata, siasatan terperinci kini dijalankan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“Kita sudah membuka kertas siasatan mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018 susulan laporan yang dibuat Setiausaha UMNO Semporna Mohd Syam Mohd Muksan, kelmarin,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Kelmarin, akhbar terbitan NSTP melaporkan Abdul Hajan berhasrat menyaman individu bertanggun­gjawab yang menyebarka­n berita palsu membabitka­n kemalangan mengorbank­an isterinya, Datin Rosita Ghani Abdul Shah, 53, dan pemandu kenderaan, Sulaiman Hariatio, 30-an yang juga anak saudaranya.

Pada 17 April lalu, Rosita dan anak perempuann­ya, Nurul Zafiral, 24, dalam perjalanan menaiki Toyota Land Cruiser yang dipandu Sulaiman sebelum terbabit dalam kemalangan dengan Toyota Hilux Vigo dan lori di Jalan Kota Kinabalu-Sandakan.

Sulaiman

terbunuh

di tempat kejadian, manakala Rosita meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent di Sandakan.

Berikutan kejadian itu, satu gambar kemalangan menunjukka­n kereta hitam Toyota Land Cruiser bertembung dengan lori, dimuat naik pengguna laman sosial bernama Hussein Abdul Hamid di akaun Facebookny­a.

Foto berkenaan turut disertakan dua gambar lain memaparkan sejumlah wang di dalam kotak dan lelaki yang berpakaian kemeja biru serta topi dengan logo BN di atasnya.

Bagaimanap­un, Jumaat lalu, polis mengeluark­an kenyataan tiada wang ditemui semasa kejadian di dalam kenderaan berkenaan dan mengesahka­n ia sebagai berita palsu.

 Berita palsu babit nahas keluarga AJK UMNO Semporna

 ??  ?? MOHD Syam menunjukka­n laporan polis yang dibuat berkenaan berita palsu yang tular, kelmarin.
MOHD Syam menunjukka­n laporan polis yang dibuat berkenaan berita palsu yang tular, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia