Harian Metro

Korban niat murni padam api

-

Yan: Niat murni seorang warga emas yang cuba menghalang kebakaran di rumahnya daripada merebak ke kediaman jiran berakhir dengan tragedi apabila dia maut akibat terkena renjatan elektrik.

Dalam kejadian jam 10 pagi di Kampung Singkir Darat di sini, mangsa, Ghazali Din, 62, maut di tempat kejadian ketika menarik kabel elektrik di luar rumahnya untuk mengelak api daripada merebak ke rumah jiran berdekatan.

Jiran mangsa, Fadzil Abdul Hamid, 52, berkata, ketika kejadian, Ghazali bersama isteri dan tiga orang anak perempuann­ya menyelamat­kan diri di luar rumah.

Fadzil yang juga sepupu Ghazali berkata, semua jiran berdekatan keluar dari rumah masing-masing selepas mendapati dapur rumah mangsa terbakar.

“Ketika kejadian saya berada di gerai makan di seberang jalan. Sebaik melihat api di rumah sepupu, saya bergegas pulang.

“Ketika itu, dia mengeluark­an beberapa barang serta dokumen penting miliknya dan ahli keluarga sebelum mencapai getah paip untuk mengawal api yang merebak sementara menunggu bantuan bomba.

“Ghazali menyuruh saya membuka paip air berdekatan, sementara dia memegang

getah paip. Dalam keadaan panik, saya menurut saja permintaan­nya.

“Sebaik paip air dibuka saya terdengar jeritan ahli keluarga melarang mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, semalam.

Fadzil berkata, dia bergegas ke arah lelaki itu sebelum mendapati Ghazali terbaring tidak sedarkan diri akibat terkena renjatan elektrik dengan kabel elektrik terbelit di bahagian bahu.

“Melihat keadaannya, saya melarang ahli keluarga lain menghampir­inya kerana bimbang mereka terkena renjatan elektrik dan menunggu bantuan pihak berkuasa,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK melihat keadaan rumah mangsa selepas kebakaran di Kampung Singkir Darat.
PENDUDUK melihat keadaan rumah mangsa selepas kebakaran di Kampung Singkir Darat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia