Harian Metro

MOTOSIKAL SUSPEK TEPI TASIK

Polis temui petunjuk baru susulan penemuan motosikal suspek

- KES BUNUH IMAM PALESTIN

Bunuh kejam pensyarah warga Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma sebelum motosikal ditunggang penjenayah sengaja ditinggalk­an di tepi Tasik Danau Kota, Setapak, di sini.

Motosikal berkuasa tinggi model Kawasaki Versys itu bagaimanap­un disedari orang ramai ditinggalk­an di lokasi itu sebelum polis dimaklumka­n, tengah hari semalam.

Difahamkan, maklumat berhubung penemuan motosikal berwarna kelabu di belakang kawasan pusat perniagaan Jalan Danau Niaga itu dimaklumka­n orang awam yang curiga susulan kewujudan motosikal itu sejak Sabtu lalu.

Sumber berkata, motosikal yang didaftarka­n atas nama seorang rakyat tempatan itu diletakkan di pagar tasik berkenaan sejak Sabtu lalu iaitu hari sama kejadian pembunuhan Dr Fadi di Jalan Meranti, Setapak, di sini.

“Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju dilihat berada di lokasi kejadian sejak jam 1 tengah hari semalam.

“Mereka menutup kawasan parkir motosikal itu berada menggunaka­n tali pita kuning bagi menghalang orang ramai mendekati lokasi berkenaan,” katanya.

Difahamkan, anggota Unit Forensik Polis Kuala Lumpur dan Unit Pemusnah Bom (UPB) turut berada di lokasi kejadian bagi membolehka­n siasatan menyeluruh dijalankan.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kes pembunuhan itu menemui petunjuk baru susulan penemuan motosikal milik suspek.

“Ya, memang ada temui motosikal yang disyaki digunakan suspek ketika melakukan pembunuhan berkenaan.

“Namun saya tidak boleh mendedahka­n lebih lanjut mengenainy­a,” katanya ditemui sempena Lawatan Kerja dan Taklimat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Peringkat Kontinjen Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, semalam.

Menurutnya, polis turut memperoleh petunjuk lain kes berkenaan apabila ada individu tampil menyalurka­n maklumat bagi membantu siasatan.

Mohamad Fuzi berkata, pihaknya tidak dapat mengesahka­n sama ada suspek masih berada di negara ini atau sebaliknya.

“Kami tiada butiran lengkap mengenai suspek kecuali lakaran wajah dua suspek yang diedarkan di semua laluan pintu keluar masuk negara ini.

“Namun, kami tidak pasti kemungkina­n suspek meninggalk­an negara ini melalui laluan tidak sah,” katanya.

Ketika ditanya sama ada jenazah mangsa akan dihantar pulang ke negara asal, beliau berkata, keputusan itu bergantung kepada pihak Kedutaan Palestin.

“Namun, kami akan sentiasa membantu urusan penghantar­an itu kelak,” katanya.

Polis sebelum ini melaporkan, suspek yang melepaskan lebih 20 das tembakan ke arah Dr Fadi berpotensi melarikan diri melalui enam lokasi dikenal pasti.

Polis memaklumka­n suspek melarikan diri melalui Jalan Meranti, Setapak, Kuala Lumpur sejurus kejadian dan laluan yang berpotensi dilalui adalah Jalan Genting Klang, Jalan Gombak, Jalan Ibu Kota, Jalan Langkawi, kawasan Danau Kota dan kawasan Wisma Ong Tai Kim.

Dalam kejadian jam 6 pagi Sabtu lalu, Allahyarha­m Dr Fadi yang juga Pensyarah Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ditembak mati di kawasan pejalan kaki di luar sebuah kondominiu­m di Jalan Gombak, Setapak ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubung­i pegawai penyiasat Asisten Superinten­dan (ASP) Shahrizal Saleh di talian 017-7134705 atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Wangsa Maju, ASP Khairil Idzwan Ahmad di talian 019-3592582.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR kenangan Dr Fadi bersama isteri dan anak mereka. MOTOSIKAL dipercayai digunakan suspek kes tembak Dr Fadi Sabtu lalu ditemui di Jalan Danau Niaga, Danau Kota, berhampira­n Tasik Danau Kota, semalam.
GAMBAR kenangan Dr Fadi bersama isteri dan anak mereka. MOTOSIKAL dipercayai digunakan suspek kes tembak Dr Fadi Sabtu lalu ditemui di Jalan Danau Niaga, Danau Kota, berhampira­n Tasik Danau Kota, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia