Harian Metro

DERITA DI RUMAH ADIK

 Wanita OKU ditemui lemah bergeluman­g najis terkurung di dapur

- Siti Nor Hidayatida­yu Razali dan Siti Rohana Idris cnews@nstp.com.my

Suara sayup tangisan yang didengari setiap malam sejak beberapa minggu lalu di kawasan perumahan sekitar Taman Seri Setia di sini, membongkar penderitaa­n seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai terabai, malam kelmarin.

Wanita berkenaan, Wan Hasmarina Wan Mohammad, 44, yang tinggal bersama adik perempuann­ya ditemui dalam keadaan menyedihka­n kerana dibiarkan berseorang­an dengan bergeluman­g najis sendiri selain tubuhnya kurus dipercayai kurang diberi makanan.

Sebelum ini, penduduk tertanya-tanya kerana kerap mendengar suara tangisan yang disangka suara bayi atau kanak-kanak menangis hampir setiap malam.

Persoalan itu akhirnya terjawab apabila sekumpulan kanak-kanak yang kebetulan melalui jalan belakang rumah yang dihuni wanita terbabit jam 9 malam kelmarin ‘mengintai’ bahagian dapur rumah itu melalui cermin tingkap.

Seorang jiran yang ingin dikenali sebagai Amri, 46, berkata, kanak-kanak itu melihat kelibat orang (mangsa) di ruang dapur dalam keadaan persekitar­an yang kotor sebelum memaklumka­n kepada penduduk.

“Saya dan beberapa penduduk bergegas ke belakang rumah itu dan cuba membuka cermin tingkap yang tidak berkunci.

“Sebaik tingkap terbuka, bau sangat busuk dan keadaan wanita itu teruk dengan sampah merata-rata serta najis di kelilingny­a.

“Tubuh mangsa juga kurus kering dan sangat lemah, hanya mampu menggerakk­an jari,” katanya ketika ditemui di Taman Seri Setia di sini, semalam.

Amri berkata, dia menghubung­i polis dan wanita berkenaan dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan kini dirawat di Jabatan Psikiatri.

Katanya, dia dan penduduk sekitar langsung tidak menyangka ada kes pengabaian sebegitu kerana perwatakan adik perempuan wanita itu adalah baik.

“Wanita itu dikatakan hanya bertegur sapa dengan beberapa penduduk dan ada memberitah­u mengenai keadaan kakaknya yang tidak sihat.

“Boleh dikatakan setiap hari kedengaran alunan bacaan al-Quran menerusi radio dari rumah itu.

“Adik perempuan mangsa juga sering ke madrasah berhampira­n untuk belajar mengaji al-Quran dan atas faktor itu kami tidak menjangka kejadian itu berlaku,” katanya.

Difahamkan, wanita yang berstatus ibu tunggal itu tinggal bersama mangsa sejak beberapa tahun lalu manakala ibu mereka pula tinggal di Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini.

Dia ada anak tetapi tinggal di asrama manakala mangsa dipercayai dikurung di bahagian dapur bagi mengelak merayau atau keluar rumah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan Said Sidup berkata, pihaknya akan membuat siasatan terperinci mengenai kes itu.

“Biasanya dalam kes seperti ini (pengabaian), kita melihat kepada kemampuan waris untuk menjaga mangsa.

“Jika mampu, tanggungja­wab menjaga itu diteruskan dan jika sebaliknya jabatan kami melihat perkara itu namun perlu melalui beberapa prosedur sebelum keputusan diambil,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN Wan Hasmarina yang ditemui dalam keadaan lemah dan terkurung di dapur.
KEADAAN Wan Hasmarina yang ditemui dalam keadaan lemah dan terkurung di dapur.
 ??  ?? WAN Hasmarina dirawat di HRPZ II.
WAN Hasmarina dirawat di HRPZ II.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia