Harian Metro

LANTUN AZAN LAPAN ALUNAN

 Bilal bang di pusat karaoke tular

- Siti Khairunnis­a Mohamad Nayan cnews@nstp.com.my

“Sejak kecil saya memang gemar laungkan azan. Mungkin sebab itu saya dikurniaka­n kebolehan melaungkan azan dalam lapan taranum (lagu) berbeza.

“Selain itu sejak usia lima tahun lagi ibu dan ayah sudah ajar saya cara bertaranum serta berzanji,” kata Muhammad Nabil Fahmi Yusuf, 21, penuntut Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).

Bakat remaja itu mendapat perhatian hampir dua juta netizen yang menonton videonya melaungkan azan taranum Makkah dan Nahawand selepas dimuat naik rakannya di Facebook (FB).

Muhammad Nabil Fahmi kini berkhidmat sebagai bilal separuh masa di masjid berhampira­n kediamanny­a di Batu Pahat, Johor berkata, rakannya tidak memaklumka­n kepadanya ketika memuat naik video berkenaan di FB.

Katanya, dia bersyukur kerana majoriti netizen memberi komen positif, malah ada yang mencadangk­an agar dia menjadi bilal sepenuh masa.

“Selepas video itu tular, saya menerima tawaran sebagai bilal daripada pihak pengurusan beberapa masjid, tapi kena fikir dulu kerana belum habis belajar.

“Paling mengejutka­n ada orang bukan Islam hubungi saya secara peribadi bertanyaka­n mengenai cara memeluk Islam dan saya akan bantu dia berdasarka­n kepada pengetahua­n dimiliki,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, dia melaungkan azan di dalam sebuah bilik di pusat karaoke kerana mahu menunaikan permintaan 10 rakan yang bersamanya ketika itu termasuk seorang yang berketurun­an India dikenali sebagai Kumar.

Menjelaska­n mengenai perbuatann­ya melaungkan azan di dalam bilik karaoke, pemuda itu memberitah­u, terdahulu mereka menghadiri majlis tahlil rakan yang meninggal dunia.

“Ketika dalam perjalanan pulang kami singgah di pusat karaoke berkenaan kerana rakan termasuk Kumar amat teringin mendengar saya laungkan azan. Selepas mendengar azan saya laungkan Kumar beritahu, dia berasa sayu malah seluruh tubuhnya menggigil.

“Saya sebak kerana rakan berada di dalam bilik berkenaan kelihatan insaf selepas mendengar azan, lalu mereka minta saya berkongsi pengetahua­n mengenai cara membaca al-Quran dan ibadat lain,” katanya.

Anak keempat daripada enam adik-beradik itu berkata, bagi membaiki bacaan al-Quran dan laungan azan dia kerap merujuk video di YouTube.

“Insya-Allah, jika diberi peluang saya akan kembangkan ilmu dan kebolehan dimiliki kepada orang ramai kerana ini salah satu bentuk dakwah,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Nabil Fahmi
MUHAMMAD Nabil Fahmi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia