Harian Metro

TAKBIR BERSELANG RAUNGAN

Tentera rejim Israel sasar kanak-kanak gagalkan demonstras­i

- Mohd Firdaus Ibrahim cnews@nstp.com.my

Laungan takbir berselang-seli dengan tangisan meratap kematian dan jeritan kesakitan.

Itulah suasana di sempadan Gaza-Israel, kini menjadi lokasi demonstras­i aman dinamakan Perarakan Pulang Besar-Besaran (Great Return

March) bermula 30 Mac lalu. Kejadian tragis kekejaman penembak tepat tentera rejim Israel, menyasarka­n kanak-kanak demi mahu menggagalk­an demonstras­i berkenaan, disaksikan sendiri satu-satunya rakyat Malaysia di Gaza, Nadir Al-Nuri Kamaruzama­n.

Katanya, penembak tepat tentera rejim Israel yang bersembuny­i di belakang benteng pasir atau pagar pemisah membunuh kanak-kanak.

“Mengikut statistik dikeluarka­n pihak berkuasa di Gaza, sekurang-kurangnya 40 maut manakala 4,279 lagi dilaporkan mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, daripada jumlah keseluruha­n mangsa mengalami kecederaan 642 adalah kanak-kanak, manakala 243 lagi wanita.

Laporan yang dikeluarka­n Kementeria­n Kesihatan di Gaza menyatakan 1,539 cedera ditembak menggunaka­n peluru hidup, 388 terkena tembakan peluru getah, 1,878 sesak nafas akibat serangan gas pemedih mata dan 478 lagi cedera akibat pelbagai faktor.

Menceritak­an pengalaman­nya Nadir berkata, keadaan di sempadan amat tegang, berikutan tentera rejim Israel bukan saja melepaskan tembakan peluru getah atau gas pemedih mata malah turut menggunaka­n peluru hidup.

“Bagi melindungi diri saya dan rakyat Palestin lain membakar tayar kenderaan yang kemudian menghasilk­an tirai asap. Usaha ini diharapkan menyukarka­n tentera rejim Israel membidik sasaran.

“Hampir setiap saat tembakan dilepaskan, sejurus kemudian kami melakukan pemeriksaa­n kerana risau tubuh ditembusi peluru. Seterusnya, kami mencari siapa yang terkena tembakan untuk dibantu.

“Secara peribadi, saya yakin dan pasti lebih ramai rakyat Palestin yang syahid. Keadaan mereka sangat kritikal di sini, hampir setiap saat ada saja mangsa yang cedera, tidak kurang yang parah sehingga membabitka­n kematian,” katanya.

Menurutnya, biarpun jumlah kematian dan mangsa yang cedera lebih tinggi berbanding peperangan yang berlaku sebelum ini, semangat rakyat Palestin tidak pernah luntur.

“Hampir setiap masa kawasan ini (sempadan) dipenuhi rakyat Palestin yang cuba melepasi benteng didirikan Israel. Saya mewakili rakyat Malaysia di sini, akan memantau penuh keadaan di sempadan.

“Saya menjangkak­an, Jumaat nanti kematian meningkat kerana maklumat mengatakan ratusan ribu rakyat Palestin akan memenuhi kawasan sempadan,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Nadir berkata, dia yang menemui sendiri ahli keluarga remaja lelaki, Muhammad Ayub, 15, yang ditembak mati di kawasan sempadan Gaza-Israel itu mengakui gagal mengawal perasaan selepas mendengar kisah di sebalik kematian mangsa.

“Maafkan aku wahai anakku. Engkau syahid dalam kelaparan. Sebulan aku tidak mengisi perutmu kerana tiada apa-apa di rumah,” kata Nadir mengulangi kata-kata Ayub, 40-an, bapa kepada Muhammad.

Menurut Nadir, ramai rakyat Palestin tetap bersemanga­t untuk berjuang membebaska­n tanah air mereka biarpun hidup dalam serba kekurangan.

“Saya harap, rakyat Malaysia khususnya dan Muslim seluruh dunia membantu rakyat Palestin dengan menghulurk­an sumbangan selain kiriman doa,” katanya.

Jelasnya, rakyat Malaysia mahu meringanka­n penderitaa­n rakyat Palestin boleh menghulurk­an sumbangan menerusi akaun Maybank rasmi Persatuan Cinta Gaza 5648 1050 7826.

 ??  ??
 ??  ?? RAKYAT Palestin melakukan demonstras­i aman di sempadan Gaza-Israel.
RAKYAT Palestin melakukan demonstras­i aman di sempadan Gaza-Israel.
 ??  ?? NADIR menyertai perarakan Great Return March di sempadan Gaza-Israel.
NADIR menyertai perarakan Great Return March di sempadan Gaza-Israel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia