Harian Metro

SEBATANG KARA SEKELIP MATA

 Pemuda kini hidup sendirian selepas ayah, ibu dan adik maut nahas

- Noor Hidayah Tanzizi news@nstp.com.my

“Saya sempat bersalaman dengan mak yang seperti biasa berpesan supaya berhati-hati dan tidak menunggang motosikal dengan laju,” kata Muhamad Badrul Hafiz Mohd Jamil.

Muhamad Badrul Hafiz, 22, adalah anak kepada pasangan Rohaida Sidak, 48, dan Mohd Jamil Utok, 46, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 30, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan di sini, kelmarin.

Kemalangan itu turut mengorbank­an anak bongsu pasangan terbabit, Nor Syarina, 19, yang juga pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Jalil Shah, di sini.

Insiden tragis itu menyebabka­n Muhamad Badrul Hafiz yatim piatu dalam sekelip mata.

Muhamad Badrul Hafiz berkata, ketika kejadian dia di tempat kerja di sebuah kilang di Kampung Gajah manakala ibu bapa dan adiknya dalam perjalanan pulang dari Teluk Intan.

“Mungkin ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang selepas membeli barang keperluan Nor Syarina yang menduduki peperiksaa­n.

“Kali terakhir saya jumpa mak pagi semalam (kelmarin) sebelum ke tempat kerja dan ketika itu ayah keluar menghantar adik (Nor Syarina) ke sekolah.

“Saya sempat bersalaman dengan mak yang seperti biasa berpesan supaya berhati-hati dan tidak menunggang motosikal dengan laju,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian itu ketika ditemui di rumah ibu bapanya di Kampung Tersusun Balun Bidai di sini, semalam.

Muhamad Badrul Hafiz berkata, dia yang ketika itu duduk di tempat letak kenderaan selepas habis waktu kerja dimaklumka­n rakannya mengenai kejadian yang menimpa ahli keluargany­a.

“Saya yang mahukan kepastian segera ke lokasi kejadian dan luluh hati saya apabila melihat kereta kami sebaik tiba. Mereka semua sudah dibawa ke hospital.

“Perasaan saya hancur mengenangk­an tiga insan tersayang dalam hidup pergi serentak dan terlalu cepat mereka tinggalkan saya, namun saya reda kerana ini takdir,” katanya yang memaklumka­n tiga ahli keluargany­a berkelakua­n seperti biasa serta tidak menunjukka­n sebarang perubahan.

Muhamad Badrul Hafiz berkata, hubungan mereka sekeluarga sangat rapat dan arwah bapanya, Mohd Jamil disifatkan seorang yang sentiasa berhati-hati di jalan raya serta tidak memandu laju.

Kelmarin, Perodua Myvi yang dinaiki tiga beranak itu dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 30, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan di sini, dalam kejadian jam 5.20 petang.

Tiga beranak terbabit dikebumika­n dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Changkat Rambai di sini, jam 11.30 pagi semalam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MUHAMAD Badrul Hafiz menunjukka­n gambar kenangan adiknya, Nor Syarina.
MUHAMAD Badrul Hafiz menunjukka­n gambar kenangan adiknya, Nor Syarina.
 ??  ?? ROHAIDA
MOHD Jamil
ROHAIDA MOHD Jamil
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia