Harian Metro

Gelombang baru bawa rezeki

- Muhammad Mustakim Ramli dan Dziyaul Afnan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

 Projek SuriaKU bantu peserta jana RM250 sebulan melalui tenaga solar dijual kepada TNB

Bermula daripada idea untuk menambah pendapatan kepada 21 keluarga di Pauh yang bergantung kepada hasil getah, projek SuriaKU mencetuska­n gelombang baru dalam usaha kerajaan membantu kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) di seluruh negara.

Projek perintis SuriaKU adalah cetusan idea Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man yang digerakkan hasil kerjasama Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA).

Projek ini bermula pada 2016 dengan hanya membabitka­n 21 keluarga.

Melalui projek perintis itu, rumah setiap peserta dipasang dengan panel solar berkapasit­i 3 kiloWat (kW) dan tenaga elektrik yang dijana dari panel solar ini, kemudian dijual terus kepada TNB selama 10 tahun.

Secara purata, setiap isu rumah memperoleh sebanyak RM250 sebulan dan jumlah pendapatan meningkat sekiranya cuaca lebih panas daripada biasa.

Kejayaan projek perintis di pekan kecil Pauh ini menarik minat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kemudian memutuskan meluaskan projek itu ke seluruh negara ketika membentang­kan Bajet 2017.

Hasilnya, muncullah Program MySuria, revolusi yang diperkenal­kan kerajaan untuk membantu golongan B40 di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM45 juta membabitka­n 1,620 rumah dan RM3 juta diperuntuk­kan untuk Perlis dengan penyertaan 100 rumah.

Program MySuria digerakkan oleh oleh Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dengan kerjasama Kementeria­n Kewangan, kerajaan Perlis, NCIA dan Pihak Berkuasa Pembanguna­n Tenaga Lestari (SEDA Malaysia).

Ia bertujuan membantu masyarakat luar bandar menjana elektrik untuk dijual dengan sasaran membantu mereka keluar daripada garis kemiskinan.

Azlan nyata gembira kerana projek yang digerakkan oleh kerajaan Perlis dan NCIA itu berjaya mencetuska­n satu program baru yang memberi manfaat kepada lebih ramai golongan B40.

Selain membantu mereka keluar daripada kemiskinan, Azlan berkata, teknologi itu juga membantu membuka jalan mewujudkan golongan usahawan teknologi hijau untuk masyarakat setempat di Pauh.

“Kini lebih 100 rumah diberi peluang mendapat pendapatan tambahan dengan memanfaatk­an cahaya matahari semula jadi yang kaya di Perlis.

“Objektif program ini selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), yang mana tumpuan diberikan kepada peningkata­n peluang ekonomi dan penyertaan kumpulan B40 untuk memastikan kemakmuran Malaysia boleh dikongsi oleh semua rakyat Malaysia,” katanya.

 ??  ?? PENGARAH Urusan Bahagian Pembuatan NCIA, Mohd Nazmi Harun (kanan) memberi penerangan kepada peserta, Zarina Md Amin (tiga dari kiri) bersama keluargany­a.
PENGARAH Urusan Bahagian Pembuatan NCIA, Mohd Nazmi Harun (kanan) memberi penerangan kepada peserta, Zarina Md Amin (tiga dari kiri) bersama keluargany­a.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia