Harian Metro

Ben cari calon isteri

-

Kuala Lumpur: Penyanyi era 80-an Ben Nathan menyatakan hasrat mahu berkahwin sempena ulang tahun ke-56 hari ini.

Ben yang popular menerusi lagu Stanza Sepi Sekeping Hati berkata, dia ingin mencari wanita sebaya dan boleh menerima dirinya seadanya.

“Selain ingin memulakan hidup baru, saya juga mahu berkahwin. Malah, mak saya juga berpesan kena kahwin cepat. Jadi, ada orang yang boleh jaga saya selepas ini.

“Saya tidak mahu terlalu memilih, asalkan wanita berkenaan sesuai dan boleh terima saya seadanya. Paling penting dia kena faham kerjaya saya sebagai penyanyi dan tidak boleh cemburu,” katanya.

Ben yang sebelum ini hidup sebagai gelandanga­n selama 24 tahun tidak menolak jodoh dalam kalangan peminatnya. Malah Ben percaya itu semua jodoh dan ketentuan Allah SWT.

Pada masa sama, Ben atau nama Islamnya Ben Adam tidak sabar untuk merakamkan lagu baru ciptaan komposer Indonesia. Kuala Lumpur: Selepas meletakkan syarat tidak boleh bersentuha­n dengan pelakon wanita, timbul pula dakwaan aktor dan penyanyi Izzue Islam tidak mahu menyebut perkataan ‘sayang’ seperti yang tertera dalam skrip.

Izzue yang dihubungi semalam bagaimanap­un menjelaska­n ia bukan syarat seperti isu bersentuha­n tetapi lebih kepada melihat kesesuaian jalan cerita dan watak.

“Memang saya ada cantas (potong) dialog membabitka­n ungkapan sayang tetapi bukan secara sesuka hati. Ia bergantung kepada kesesuaian.

“Saya tidak memandai-mandai sebaliknya berbincang terlebih dahulu dengan pengarah selepas menilai karakter dan situasi jalan cerita,” katanya.

Menjelaska­n lebih lanjut

Ben yang ditemui di pejabat Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) di sini berkata, dia menyukai lagu itu dan berharap peminat boleh menerima kemunculan semulanya dalam bidang seni.

“Saya suka lagu ini. Walaupun sudah lama tidak menyanyi, saya yakin boleh beri yang terbaik. Cuma saya perlu banyakkan latihan dan bersenam untuk mengekalka­n stamina.

“Saya gembira apabila Datuk DJ Dave memaklumka­n lagu sudah siap dan boleh dirakam bila-bila masa saja. Saya sudah tidak sabar mahu menghiburk­an peminat. Jadi, tunggu kemunculan lagu baru ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? BEN
BEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia