Harian Metro

Memang betul-betul cinta

-

Kuala Lumpur: Pasangan pelakon Hafreez Adam dan Zara Zya menafikan pengakuan mengenai hubungan mereka baru-baru ini sekadar publisiti untuk drama MonaLisa.

Hafreez, 28, berkata, sepanjang tempoh empat tahun bergelar pelakon, belum pernah dirinya dikaitkan dengan kontrovers­i atau cerita sensasi.

“Sebelum ini saya mengelak dikaitkan dengan mana-mana rakan gandingan wanita.

“Ia kerana saya kurang gemar bercakap soal peribadi seperti kisah cinta atau menjadi perhatian ramai.

“Alhamdulil­lah, saya berjaya menjaga nama baik diri dan keluarga sepanjang tempoh empat tahun. Jadi, kenapa sekarang kena cetuskan gosip untuk melariskan drama?

“Saya bersikap terbuka mengenai hubungan dengan Zara kerana ramai penyokong nampak kemesraan kami dan bertanya. Kami memilih untuk bersikap jujur,” katanya.

Ujar pemilik nama sebenar Hafreez Adam Aizat Zahalan ini lagi, dia dan Zara membuat pengakuan kerana tidak mahu menipu peminat mereka.

“Saya akui dulu agak tertutup kerana bekas kekasih bukan selebriti. Namun, apabila bercinta dengan Zara, saya perlu akur dia dikenali dan ada ramai peminat.

“Biarpun tahu risiko apabila mendedahka­n perkara ini, kami okey untuk berkongsi,” katanya.

Menurut Hafreez lagi, dia tidak menyangka pendedahan itu mendapat perhatian dan menjadi bualan hangat orang ramai.

Sementara itu, Zara Zya, 33, dalam kenyataann­ya berkata, perbezaan usia dengan Hafreez bukan halangan untuk mereka bercinta.

“Saya selesa menjalin hubungan dengan Hafreez kerana dia matang, baik, manis serta sopan tutur kata,” katanya.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, hubungan itu terjalin dengan sendirinya dan berharap ia akan membawa mereka ke jenjang pelamin.

 ??  ?? HAFREEZ Adam
HAFREEZ Adam
 ??  ?? ZARA Zya
ZARA Zya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia