Harian Metro

Niaga satu dunia

- Mohamed Farid Noh farid_noh@nstp.com.my

 Lebih 1,000 peserta simposium didedah platform perniagaan e-Dagang

Kira-kira 1,000 pengunjung terdiri ahli korporat, usahawan serta penuntut universiti menghadiri Simposium Usahawan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 (MSAM 2018) di Stadium Batu Pahat, semalam.

Simposium anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) mendapat kerjasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (EDC of Johor).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, Simposium Usahawan MSAM memasuki esidi ke-12 dan mula dianjurkan pada MSAM 2007.

“Lebih 6,000 peserta terutama usahawan muda dan wanita mendapat manfaat penganjura­n simposium ini yang menggunaka­n tema ‘Kepimpinan dan Keusahawan­an: Yang Mana Satu Penentu Kelangsung­an

Perniagaan’.

“Ia selaras dengan aspirasi PNB dalam memberi pendidikan pelaburan dan kewangan bersepadu yang inklusif kepada semua golongan terutama usahawan tempatan,” katanya ketika merasmikan simposium, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Avana, Luqman Adris yang juga panel dalam sesi

Usahawan Muda Industri e-Dagang, menyaranka­n belia merebut peluang memulakan perniagaan secara dalam talian.

“Jika sekarang masih menjual produk di tepi rumah hanya jiran setempat yang tahu, namun jika menggunaka­n e-Dagang, pasaran akan dapat diperluas sehingga satu dunia, sekali gus meningkatk­an permintaan dan pendapatan.

“Tidak semestinya usahawan perlu pandai Teknologi Maklumat (IT) untuk berniaga dalam talian kerana boleh dipelajari dan dilatih apatah lagi kewujudan syarikat pembanguna­n aplikasi dan penyenggar­aan e-Dagang seperti Avana dapat membantu memberi latihan dan bengkel kepada usahawan.

“Malah Avana bekerjasam­a dengan pelbagai agensi termasuk Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) dalam membangunk­an usahawan mikro ke usahawan dalam talian,” katanya.

Seorang lagi panel, Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif The Lorry Online Sdn Bhd, Nadhir Ashafiq Zainal Abidin, berkata e-Dagang membolehka­n perniagaan­nya menyediaka­n perkhidmat­an lori, van dan kenderaan pacuan empat roda sewa.

“Kini diperluas kepada tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Thailand. Syarikat saya menggunaka­n sepenuhnya teknologi atas talian dan aplikasi mudah alih bagi menghubung­kan pengusaha dengan pelanggan mereka termasuk menerusi penghantar­an produk jualan mahu pun urusan berpindah,” katanya. menjenamak­an ke seluruh negara jika ada rezeki,” katanya.

Pengunjung, Nurul Sofia Umairah Rosli, 18, teruja mencuba pelbagai makanan dijual di medan trak makanan MSAM sejak hari pembukaan.

“Medan trak makanan MSAM 2018 bukan sahaja sangat tersusun dan bersih malah makanan yang dijual juga menepati selera ramai dengan harga berpatutan,” katanya.

 ??  ?? PANEL dalam program
Bicara Usahawan Muda Industri Atas Talian dan E-Dagang.
PANEL dalam program Bicara Usahawan Muda Industri Atas Talian dan E-Dagang.
 ??  ?? PENGUNJUNG menikmati juadah di medan trak makanan.
PENGUNJUNG menikmati juadah di medan trak makanan.
 ??  ?? NURUL Sofia Umairah
NURUL Sofia Umairah
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia