Harian Metro

Medan usahawan luar bandar jana pendapatan

-

Batu Pahat: Minggu Saham Amanah Malaysia 2018 (MSAM 2018) anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjadi medan usahawan luar bandar menjana pendapatan tambahan sekali gus mempromosi produk kepada orang ramai.

Ini terbukti apabila medan trak makanan (food truck) yang disediakan PNB pada MSAM 2018 di Stadium Batu Pahat menerima sambutan hangat pengunjung sejak hari pertama pada 19 April lalu.

Pelbagai makanan panas menyelerak­an termasuk nasi kerabu, makanan Barat seperti pizza dan burger, selain nasi kambing penyet berjaya menambat selera pengunjung sehingga memenuhi medan berkenaan hampir sepanjang masa.

Sebanyak 14 pengusaha trak makanan daripada komuniti Johor dan Melaka diberi peluang menjual produk makanan panas bermula jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari sehingga MSAM 2018 berakhir esok dengan sewa tapak hanya RM300 selama seminggu.

Bagi peniaga nasi beriani gam Johor, Izuan Rahim, 32, penganjura­n MSAM 2018 membawa limpahan rezeki kepada perniagaan­nya.

“Alhamdulil­lah, trak makanan saya yang menjual nasi beriani gam menggunaka­n jenama Kawah Berapi menjadi tumpuan dan perhatian pengunjung MSAM yang mahu mencuba keaslian resipi makanan tradisi Johor ini.

“Pendapatan saya peroleh juga lebih daripada

RM2,000 sehari atau terjual lebih 300 bungkus berbanding ketika berniaga trak makanan di lokasi tetap di Hutan Bandar, Johor Bahru,” katanya.

Sementara itu, pemilik trak makanan Mobile Cafe, Haziq Roslan, 21, berkata MSAM 2018 memberinya peluang memperkena­lkan produk makanan popular Batu Pahat, Mee Racun kepada pengunjung luar.

“MSAM 2018 menjadi platform utama saya memperkena­lkan keenakan masakan istimewa Batu Pahat ini kepada pengunjung. Ternyata mereka tidak takut mencuba dan peluang ini membolehka­n saya

 ??  ?? PENGUNJUNG membeli makanan yang dijual peniaga trak makanan.
PENGUNJUNG membeli makanan yang dijual peniaga trak makanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia