Harian Metro

Antara lima terbaik

- Azura Abbas, Mohd Husni Mohd Noor dan Irwan Shafrizan Ismail cnews@nstp.com.my

 Kerajaan berjaya buktikan komitmen perkhidmat­an kesihatan menerusi akujanji

Komitmen kerajaan dalam memberi perkhidmat­an kesihatan terbaik kepada rakyat bukan omong kosong, sebaliknya diterjemah­kan dalam bentuk tindakan sehingga membawa kepada pengiktira­fan dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, ia terbukti apabila Malaysia diiktiraf sebagai destinasi pelanconga­n kesihatan dan perubatan selama tiga tahun berturut-turut oleh Laporan Jurnal Antarabang­sa Pelanconga­n Kesihatan sejak 2015 hingga 2017.

Beliau berkata, majalah

turut mengiktira­f Malaysia sebagai antara lima negara terbaik di dunia dalam bidang penjagaan kesihatan.

“Ia (pengiktira­fan) dicapai kerana akujanji dibuat kerajaan selama ini berjaya dilaksanak­an.

“Dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kita tetapkan penjagaan kesihatan dan gaya hidup antara satu daripada 14 teras keutamaan yang diperjuang­kan kerajaan lima tahun akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Institut Kanser Negara (IKN) di sini, semalam.

Turut hadir, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m.

Najib berkata, menerusi akujanji itu, rakyat boleh mengharapk­an bidang kesihatan akan terus diberi penambahba­ikan ketara oleh kerajaan.

Beliau berkata, kerajaan menyediaka­n peruntukan sebanyak RM27 bilion dan RM26 bilion kepada Kementeria­n Kesihatan, masing-masing pada Bajet 2018 dan 2017 yang lalu.

Menurutnya, peruntukan besar itu penting bagi mencapai sasaran nisbah seorang doktor bagi 400 penduduk menjelang 2030.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau turut menggalakk­an rakyat supaya menjalani saringan awal kanser kerana dianggarka­n 65 peratus kes kanser yang dirujuk sudah mencapai tahap kronik.

“Pada 2015, kanser adalah penyebab kematian keempat tertinggi di Malaysia,” katanya.

Katanya, kerajaan memberi jaminan akan meneruskan usaha untuk memajukan lagi bidang penjagaan kesihatan negara termasuk memberi tumpuan kepada kesedaran gaya hidup sihat, pencegahan awal dan amalan pemakanan yang baik dalam kalangan rakyat.

Pada majlis sama, Najib turut menyampaik­an serangkap pantun kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di atas cetusan idea menubuhkan IKN pada 2007. Pantun berkenaan adalah seperti berikut:

‘Sungguh pun di negeri Selangor terjumpa baldi,

‘Kes denggi tertinggi di Darul Ehsan tetap kita perangi,

‘Biarlah ‘pemimpin itu’ membawa hati ke Pulau Langkawi,

‘Namun, paling penting,… Pak Lah tetap setia,… kekal di sisi.

IKN adalah hasil cetusan idea Tun Abdullah yang dibina membabitka­n kos RM700 juta.

Setakat ini, IKN mengendali­kan 37,452 pesakit berbanding 505 pesakit ketika mula beroperasi pada 2013.

 ??  ?? NAJIB selepas merasmikan Institut Kanser Negara, Putrajaya, semalam.
NAJIB selepas merasmikan Institut Kanser Negara, Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia