Harian Metro

Pembawa amanat sifu

-

PENGUMUMAN calon Barisan Nasional (BN) bagi empat negeri, semalam memperliha­tkan penampilan beberapa calon wanita yang dilihat membawa ‘amanat’ daripada ‘sifu’ yang membuka ruang ke kancah politik di negeri masing-masing.

Paling menyerlah, Datuk Hanifah Hajar Taib, 45, anak Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud; calon wanita tunggal UMNO di Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman, 42, selain Datuk Shahanim Mohamad Yusoff, 45, satu-satunya calon wanita bagi kerusi Parlimen di Kedah.

Tidak ketinggala­n Ketua Wanita UMNO Bahagian Pari Buntar, Norsalewat­i Mat Norwani, 49, yang dicalonkan di Dewan Undangan Titi Serong di Perak yang dikuasai pembangkan­g.

Hanifah Hajar yang dicalonkan oleh Parti Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB) di kerusi Parlimen Mukah bagi menggantik­an Tan Sri Dr Leo Muhammad Toyad yang menyatakan hasrat mahu berundur selepas menyandang kerusi berkenaan selama 36 tahun sejak 1982.

Nama beliau diumumkan Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg yang turut menyatakan, PBB menampilka­n enam muka baru.

Tidak ketinggala­n Nor Hafizah yang juga calon tunggal wanita dari UMNO yang ditampilka­n kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Berangan dalam Parlimen Tasek Gelugor di Pulau Mutiara.

Nor Hafizah bakal berhadapan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang juga bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Penampilan pertama itu dilihat bagi membawa misi calon Wanita UMNO Datuk Jahara Hamid yang tidak mempertaha­nkan kerusi Dewan Undangan Negeri Teluk Ayer Tawar pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Jahara memberikan laluan kepada calon muda selepas 20 tahun menyandang kerusi itu termasuk diberikan tanggungja­wab sebagai Ketua Pembangkan­g di DUN Pulau Pinang selepas PRU13.

Kerusi Jahara juga diisi calon baru yang juga Setiausaha UMNO Tasek Gelugor, Zamri Che Ros.

Amanat sama dikatakan turut dipikul Datuk Shahanim Mohamad Yusoff, 45, yang muncul sebagai calon tunggal BN untuk kerusi Parlimen di Kedah.

Lebih bersemanga­t, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani itu berikrar melakukan yang terbaik bagi merampas kembali kerusi Parlimen Sungai Petani pada PRU14.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membalas kembali kepercayaa­n pucuk pimpinan parti dengan memenangi semula kerusi itu dari PKR.

“Saya terkejut dan tidak menyangka menjadi satu-satunya calon wanita dari BN yang dicalonkan bertanding kerusi Parlimen di Kedah,” katanya.

Shahanim antara 51 calon BN Kedah diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, di Seri Mentaloon, semalam.

Tugas berat turut dipikul Norsalewat­i yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Parit Buntar yang diberi tanggungja­wab untuk bertanding DUN Titi Serong dalam Parlimen Parit Buntar.

Dia yang juga guru, antara 13 atau 30 peratus calon wanita yang ditampilka­n BN Perak pada PRU14.

“Saya menyifatka­n pencalonan ini satu amanah serta kepercayaa­n yang besar diberikan oleh pucuk pimpinan, justeru ia akan dipikul dengan penuh bertanggun­gjawab,” katanya.

Selain Norsalewat­i, calon wanita lain berusia bawah 50 tahun yang ditampilka­n BN Perak adalah Ketua Puteri UMNO Bahagian Bukit Gantang, Jamilah Zakaria, 38, (DUN Trong); Parlimen Ipoh Timur Kathleen Wong Mei Yin, 47, (BN); DUN Temenggor Salbiah Mohamed,45, (BN).

DUN Pokok Assam Lee Li Kuan, 30, (BN); DUN Simpang Pulai Liew Yee Lin, 46, (BN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia