Harian Metro

Mentaliti mahu menang

- M Hifzuddin Ikhsan hifzuddin@nstp.com.my

 Pengerusi BN Pulau Pinang umum senarai 53 calon

Calon Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bakal turun dengan mentaliti untuk menang di setiap kerusi yang ditandingi mereka.

Itu janji Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow apabila mengumumka­n senarai penuh 53 calon termasuk 31 muka baru yang bakal bertanding di 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya kali ini.

Teng berkata, gabungan 60 peratus calon muka baru dan 40 peratus penyandang serta pencalonan semula itu diyakini mampu melakukan kejutan, sekali gus merampas Pulau Pinang daripada pembangkan­g.

“Kita turun dengan mentaliti untuk menang dan berharap pengundi dapat memberi peluang kepada BN selepas melihat banyak isu terutama alam sekitar berlaku sepanjang 10 tahun Pulau Pinang di bawah pembangkan­g.

“Ini adalah barisan terbaik kita, gandingan muka lama dan baru yang diyakini mampu membawa cabaran dan memimpin negeri sekiranya BN menang pada PRU14,” katanya selepas Majlis Pengumuman Calon BN Pulau Pinang di sini, semalam. Secara keseluruha­n BN Pulau Pinang menampilka­n 31 muka baru membabitka­n tujuh calon berusia bawah 40 tahun, 10 penyandang kerusi dan 12 pencalonan semula.

Teng berkata, hanya satu pertukaran kerusi membabitka­n DUN Machang Bubuk yang akan diwakili calon MCA, Tan Teik Cheng dan DUN Jawi yang diwakili calon GERAKAN, Kiew Hen Chong dilakukan kali ini.

“Saya ingin merakamkan penghargaa­n kepada Ketua Pembangkan­g DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid yang berundur selepas lima penggal mewakili DUN Telok Air Tawar.

“Secara keseluruha­n seluruh jentera BN Pulau Pinang kini berada pada tahap tertinggi dan bersedia menghadapi apa saja kemungkina­n,” katanya.

Selain Jahara, dua lagi penyandang yang digugurkan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Datuk Omar Abdul Hamid dan ADUN Bayan Lepas, Datuk Nordin Ahmad.

Sementara itu, Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman pada sidang media sama berkata, pihaknya menampilka­n 20 calon membabitka­n lapan muka baru, 10 penyandang dan dua pencalonan semula.

“Kita kekalkan 10 penyandang kerusi sedia ada kerana yakin mereka mampu memberi sumbangan berdasarka­n pengalaman dimiliki yang bakal memberi kelebihan kepada BN.

“Saya yakin pertanding­an sengit akan berlaku di Parlimen Permatang Pauh, namun kita sedia memberi saingan kepada siapa saja calon pembangkan­g yang dicalonkan di kerusi terbabit,” katanya.

 ??  ?? TENG (tengah) bersama barisan calon selepas pengumuman calon BN Pulau Pinang, semalam.
TENG (tengah) bersama barisan calon selepas pengumuman calon BN Pulau Pinang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia