Harian Metro

Calon wanita paling ramai UBAT KECEWA TAK DICALON

- Jalal Ali Abdul Rahim, Shamsul Kamal Amarudin, Shaarani Ismail, Mohd Hafizee Arop, Farah Suhaidah Osman, Balqis Jazimah Zahari dan Razif Rosli cnews@nstp.com.my

Buat julung kali, Barisan Nasional (BN) Perak menyenarai­kan calon wanita paling ramai bertanding iaitu 14 calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Daripada jumlah itu, tiga calon diletakkan bertanding di kerusi Parlimen, manakala 10 lagi diletakkan bertanding di kerusi DUN dengan dua daripada yang tercalon adalah Ketua Pergerakan Puteri UMNO di bahagian masing-masing.

Tiga yang diletakkan bertanding di kerusi parlimen ialah, Ketua Wanita MCA Kebangsaan Datuk Heng Seai Kie di Parlimen Gopeng; Ahli Jawatankua­sa Wanita

UMNO Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar) dan Ketua Wanita MCA Bahagian Ipoh Timur Kathleen Wong Mei Yin (Ipoh Timur).

Bagi kerusi DUN, antara nama besar pemimpin wanita yang dipertaruh­kan ialah Ketua Wanita UMNO Perak Datuk Rusnah Kasim akan bertanding mempertaha­nkan kerusi DUN Behrang; Ketua

Wanita GERAKAN Datuk Tan Lian Hoe (Jalong); Timbalan Ketua Wanita MIC Pusat yang juga Ketua Wanita MIC Perak T Thangarani (Buntong) dan Ketua Puteri UMNO Perak Salbiah Mohamed (Temenggor).

Ipoh

Sebarang permasalah­an atau rasa kecewa yang wujud dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama mereka yang tidak dicalonkan atau berhubung agihan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), perlu ditangani segera.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, masa berbaki sebelum penamaan calon mesti digunakan untuk menyelesai­kan isu intra parti atau masalah dalaman parti dengan memenangi hati mereka yang tidak terpilih.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, bukan mudah bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memuaskan hati semua pihak dalam memutuskan calon mewakili BN untuk bertanding.

Namun, katanya, mereka yang terpilih adalah calon terbaik berdasarka­n maklum balas peringkat akar umbi dan negeri, malah kajian bebas serta imperikal.

“Individu yang terpilih sebagai calon dan penyokong mereka pula jangan terlalu gembira dengan pemilihan itu kerana lebih ramai bersedih kerana tidak dicalonkan.

“Kemustahil­an ini (memilih individu tertentu sebagai calon) mengundang

(kekecewaan) daripada mereka yang tak dicalonkan, apabila ada kekecewaan tentunya mengundang beberapa permasalah­an.

“Kemenangan dan kekalahan kita turut disebabkan penyelesai­an masalah

 TPM mahu isu dalaman parti selesai sebelum hari penamaan

 ?? Dr Ahmad Zahid ?? Saya minta pada calon, pencadang dan penyokong, kalau ada permasalah­an dalam kumpulan resentment ini, langkah segera mesti dilakukan sebelum penamaan calon untuk menangkan hati dan minda mereka”
Dr Ahmad Zahid Saya minta pada calon, pencadang dan penyokong, kalau ada permasalah­an dalam kumpulan resentment ini, langkah segera mesti dilakukan sebelum penamaan calon untuk menangkan hati dan minda mereka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia