Harian Metro

Zambry sah bertanding di dua kawasan

-

Ipoh: Lebih separuh daripada calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kira-kira satu pertiga calon Parlimen di Perak adalah muka baru, sementara seorang menteri digugurkan, manakala lapan penyandang DUN tidak dicalonkan semula.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada majlis pengumuman calon BN Perak bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada majlis itu, Zambry turut mengesahka­n desas-desus sebelum ini apabila bertanding di dua kawasan iaitu mempertaha­nkan DUN Pangkor dan bertanding di Parlimen Lumut, sekali gus mencipta sejarah pilihan raya negeri itu seorang Menteri Besar bertanding di kerusi Parlimen dan DUN.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II yang juga Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan tidak dicalonkan semula bagi Parlimen Tanjung Malim.

Tempatnya akan diisi EXCO kerajaan negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon yang berpindah dari kerusi DUN Chenderian­g yang akan ditandingi calon baru iaitu pegawai khas Dr Mah, Chong Shin Heng.

Bekas Setiausaha Kerajaan negeri yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan menepati ramalan banyak pihak sebelum ini apabila bertanding di Parlimen Parit Buntar.

Sementara, bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang mengumumka­n persaraan dan melepaskan semua jawatan politik sebelum ini terus diberi kepercayaa­n mempertaha­nkan Parlimen Tambun.

Semua menteri dan timbalan menteri lain kekal mempertaha­nkan kerusi masing-masing didahului Ahmad Zahid di Parlimen Bagan Datuk; Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Padang Rengas); Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut) dan Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong (Teluk Intan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia