Harian Metro

Khidmat Rashid laris

-

Kuala Terengganu: Siapa tidak kenal individu bernama Rashid Ali apabila dia dianggap pakar memasang bendera parti politik di tempat tinggi termasuk pada pokok.

Ini menyebabka­n khidmat lelaki berusia 44 tahun ini ditagih banyak pihak sepanjang musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dia yang berasal dari Kampung Nibong Atas mempunyai pengalaman lebih 15 tahun menjalanka­n kerja-kerja pemasangan bendera termasuk di kawasan sukar, malah sudah terkenal dalam kalangan penduduk setempat.

“Memang menjadi tugas saya memasang bendera parti setiap kali musim pilihan raya.

“Saya mungkin tidak dikenali pada hari biasa namun menjelang PRU, mereka akan mencari saya untuk menggalas tugas sebagai pemasang bendera dan lambang parti.

“Pengalaman yang dimiliki itu mendorong mereka menggunaka­n perkhidmat­an saya biarpun sudah berusia,” katanya ketika ditemui, semalam.

Rashid berkata, dia sudah terbabit dengan empat pilihan raya dan segala tugas serta tanggungja­wab sebagai pemasang bendera atau lambang parti akan dijalankan sebaik mungkin.

“Biarpun segelintir orang beranggapa­n kerja pemasangan bendera itu hanya tugas orang bawahan di dalam parti, pada saya ia antara tugas terpenting.

“Pemasangan bendera atau lambang parti memainkan peranan yang penting dalam memancing undi dan ia sedikit sebanyak memberi gambaran mengenai kekuatan sesebuah parti di sesebuah kawasan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Nibong Rosaidi Mohamed, 51, berkata, jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk bertuah kerana mempunyai Rashid.

“Kelebihan Rashid berbanding orang lain kerana dia berani selain mempunyai pengalaman yang luas dalam tugasan itu.

“Di mana saja bendera parti ingin dikibarkan pasti ia akan diusahakan Rashid biarpun ia dikawasan yang tinggi dan berisiko,” katanya.

 ??  ?? RASHID mempunyai 15 tahun pengalaman memasang bendera.
RASHID mempunyai 15 tahun pengalaman memasang bendera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia