Harian Metro

Tampil 14 muka baru pertahan Negeri Jelapang Padi

-

Alor Setar: Barisan Nasional (BN) Kedah menampilka­n hampir separuh muka baru untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga muka baru bagi kerusi Parlimen sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, yang menyaksika­n tiga penyandang digugurkan.

Bagi kerusi DUN, BN Kedah menampilka­n 14 muka baru daripada keseluruha­n 36 calon yang diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam majlis memperkena­lkan calon di Seri Mentaloon di sini, semalam.

Bagi kerusi Parlimen pula, antara tiga calon baru ialah Senator Datuk Shahanim Mohamad Yusoff yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani yang bakal bertanding di Parlimen Sungai Petani.

Dua lagi calon muka baru bagi Parlimen membabitka­n Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena Datuk Said Ali Said Rastan yang bertanding di Parlimen Pokok Sena dan bekas Ahli Dewan Negara, Yoo Wei How yang juga Setiausaha MCA Pusat yang bertanding di Parlimen Alor Setar.

Ketiga-tiganya antara 15 calon BN bagi keseluruha­n kerusi Parlimen di Kedah.

Tiga penyandang kerusi BN yang digugurkan ialah Prof Dr Ismail Daut iaitu penyandang di Parlimen Merbok, penyandang DUN Bayu yang juga Timbalan Speaker DUN Kedah, Datuk Azmi Che Hussin serta penyandang DUN Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin.

Sembilan penyandang kerusi Parlimen dikekalkan adalah Datuk Nawawi Ahmad (Langkawi), Datuk Othman Aziz (Jerlun), Datuk Mohd Johari Baharum (Kubang Pasu), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap), Datuk Othman Abdul (Pendang), Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Dr Mansor Abd Rahman (Sik) dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling) dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Kulim-Bandar Baharu).

 ??  ?? AHMAD Bashah (tengah) bersama calon BN Kedah menerima borang pencalonan pada majlis pengumuman di Dewan Seri Mentaloon, semalam.
AHMAD Bashah (tengah) bersama calon BN Kedah menerima borang pencalonan pada majlis pengumuman di Dewan Seri Mentaloon, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia