Harian Metro

Pertemuan dua anak Awang Hitam GAGASAN sasar 112 kerusi

-

“Dalam 100,000, mungkin hanya ada seorang saja bernama Awang Hitam.

“Tapi semacam ada keajaiban apabila saya dan Pak Usop (Yusof Awang Hitam) bukan saja berbinkan nama sama, malah kedua-dua kami akan bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) 9 Mei ini,” kata Zamri Awang Hitam, 53, calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk.

Zamri yang mengulas mengenai persamaan nama bapanya dengan calon DUN kawasan Manir, Yusof, 55, berkata, dia mula mengenali Yusof sejak mereka berdua mula aktif dalam Pergerakan Pemuda UMNO pada 1990-an.

“Dah lebih 20 tahun orang ingat kami adik-beradik. Ketika mula-mula kenal dulu memang terkejut kerana kebarangka­lian mempunyai nama Awang Hitam mungkin dalam 100,000 hanya seorang.

“Malah, setahu saya bapa kami masing-masing hanya mempunyai seorang isteri,” katanya berseloroh.

Beliau berkata, persamaan nama bapa yang unik walaupun tiada pertalian darah itu menjadikan kedua-dua mereka akrab.

“Kita akan guna satu logo sahaja termasuk di Sabah dan Sarawak. Bukan macam satu lagi ‘kem’ di sini kuku lain, sana kuku lain. Kita tidak akan bercakaran, kita tidak ada kuku (bercakaran),” ujar Pengerusi GAGASAN, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pembahagia­n kerusi antara PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA).

Menurutnya, GAGASAN diterajui PAS akan bertanding 160 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan pengagihan kerusi berjalan lancar.

Beliau menegaskan tidak akan berlaku percakaran dalam penentuan calon dan pembahagia­n kerusi pakatan itu berbanding Pakatan Harapan yang masih bercakaran berhubung ipenggunaa­n logo PKR serta belum menyelesai­kan pembahagia­n kerusi sehingga kini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, parti mesra PAS, antaranya Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Generasi Baru (PGB) pula akan menggunaka­n simbol masing-masing.

“Bagaimanap­un, kami akan memastikan tiada pertembung­an antara calon kami (di mana-mana kerusi),” katanya pada sidang selepas Majlis Pelancaran Dokumen Malaysia Sejahtera di sini, malam kelmarin.

Yang turut hadir, Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Khadir Sheikh Fadzir dan Presiden BERJASA, Abd Kadir Mamat.

Beliau yang juga Presiden PAS berkata, pihaknya akan meletakkan calon PAS untuk kerusi Parlimen Langkawi.

“Kita menghormat­i keputusan Abdul Kadir yang tidak bersedia untuk bertanding dalam PRU14,” katanya.

Sebelum ini, PAS menamakan Abdul Kadir untuk kerusi Parlimen Langkawi namun ditolak oleh Abdul Kadir.

Selain itu, Abdul Hadi memaklumka­n GAGASAN menyasarka­n untuk memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen pada PRU14 bagi memenangi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“PAS mewujudkan GAGASAN kerana berdasarka­n pengalaman kerjasama politik sebelum ini bersama PKR dan DAP.

Ini membuka ruang kepada kami mewujudkan gabungan ini yang mengamalka­n amalan politik matang dan sejahtera.

Terdahulu, dokumen Malaysia Sejahtera dibentangk­an Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengandung­i Manifesto Malaysia Sejahtera, dokumen Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS2051) dan Dokumen Hijau.

 Guna satu logo sahaja termasuk Sabah, Sarawak

 ??  ?? CALON BN DUN Manir, Yusof (kanan) bersama calon BN DUN Batu Buruk, Zamri.
CALON BN DUN Manir, Yusof (kanan) bersama calon BN DUN Batu Buruk, Zamri.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia