Harian Metro

Pesona terrarium

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Pengalaman melihat budaya dan persekitar­an puluhan negara yang pernah dilawati memberi inspirasi kepada seorang lelaki untuk menghasilk­an terrarium yang menggunaka­n balang kaca, akuarium dan botol untuk menghasilk­an perhiasan unik serta menarik.

Malah, kemahiran dan kebolehan dimiliki Rosli Mohd Nordin untuk menghasilk­an terrarium turut dikagumi masyarakat luar negara apabila dia menerima maklum balas positif daripada orang ramai selepas memuatkan gambar di Facebook dan Instagram.

Rosli berkata, pada peringkat awal menghasilk­an terrarium bukanlah mudah, malah dia terpaksa berguru dengan beberapa individu luar negara, selain menghadiri kelas dalam memperkema­skan lagi kemahiran dan menguasai teknik tertentu.

 Penolong pengurus hasil perhiasan unik inspirasi jelajah puluhan negara

“Terrarium adalah perkara baru di negara ini, malah untuk mencari beberapa barangan seperti lumut, rumput, pokok, arang dan batu juga sukar serta saya terpaksa ke Bangkok, Thailand bagi mendapatka­nnya.

“Barangan berkenaan adalah asas kepada penghasila­n terrarium dan setakat ini tiada kedai yang menjualnya dan jika ada, kemungkina­n harga agak mahal,” katanya yang mula menghasilk­an terrarium sejak awal tahun lalu.

Rosli yang bekerja sebagai penolong pengurus sebuah stesen radio berkata, dia menghasilk­an terrarium kerana minat semata-mata dan tidak terlintas untuk dijual kepada umum.

“Namun apabila saya memuat naik gambar terrarium di Facebook dan Instagram, orang ramai mula bertanya dan ada antara mereka turut menempah untuk dijadikan sebagai perhiasan,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, sudah puluhan terrarium dihasilkan sebagai koleksi peribadi.

“Setakat ini, saya menghasilk­an terrarium lebih kepada minat dan hobi untuk mengisi masa lapang kerana penghasila­nnya melatih kita untuk lebih bersabar, teliti dan menghargai alam sekitar,” katanya.

 ?? Rosli Mohd Nordin ?? ROSLI menunjukka­n peralatan yang digunakan untuk membuat terrarium.
Saya menghasilk­an terrarium lebih kepada minat dan hobi untuk mengisi masa lapang”
Rosli Mohd Nordin ROSLI menunjukka­n peralatan yang digunakan untuk membuat terrarium. Saya menghasilk­an terrarium lebih kepada minat dan hobi untuk mengisi masa lapang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia