Harian Metro

Tabung khas kumpul RM40,000

-

Kuala Lumpur: Tidak sampai tiga hari dilancarka­n, tabung khas ditubuhkan Humanitari­an Malaysian Care (MyCARE) untuk kutipan dana waris imam Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma berjaya mengumpul sumbangan RM40,000.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, pihaknya melancarka­n tabung khas berkenaan Ahad lalu bagi mengutip sumbangan orang ramai untuk membantu keluarga imam terbabit.

“Hingga kini, kami berjaya mengumpul RM40,000. Dana daripada tabung ini akan disalurkan untuk keperluan balu dan anak Dr Fadi selain urusan pengebumia­n jenazah.

“Orang ramai yang mahu memberikan sumbangan boleh berbuat demikian melalui beberapa cara iaitu secara dalam talian dengan melayari laman sesawang www.billplz.com/tabungimam­fadi atau salurkan dana ke akaun atas nama Humanitari­an Care Malaysia Berhad pada akaun 5515-7500-4299 (Maybank Islamic), 86-0213559-2 (CIMB Islamic) dan 1209-20100-34904 (Bank Islam),” katanya ketika dihubungi

di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care), Zulkifli Wahijan mengutuk pembunuhan Dr Fadi.

Menurutnya, kematian ngeri pensyarah warga Palestin itu sukar dipercaya, apatah lagi ia dikaitkan dengan perbuatan perisik warga asing Mossad yang menyusup masuk ke negara ini.

“Saya dimaklumka­n mangsa ditaja untuk melanjutka­n pengajian di negara ini. Kehilangan­nya sangat menyedihka­n dan turut memberi kesan psikologi kepada komuniti warga Palestin yang berada di negara ini.

“Saya mengharapk­an polis melakukan siasatan terperinci dan memberkas suspek yang bertanggun­gjawab dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Hingga kini, kami berjaya mengumpul RM40,000. Dana daripada tabung ini akan disalurkan untuk keperluan balu dan anak Dr Fadi selain urusan pengebumia­n jenazah”

Kamarul Zaman Shaharul Anwar

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia