Harian Metro

Gaya mirip ejen Mossad

-

Pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) Dr Fadi M R Albatsh Fatma, 35, Sabtu lalu dilakukan secara terancang serta profesiona­l oleh ejen Agensi Perkhidmat­an Rahsia Israel iaitu Mossad.

Perkara itu didedahkan wartawan penyiasata­n Israel, Ronen Bergman dalam temu bual bersama media Al Jazeera, semalam.

Menurutnya, ejen Mossad yang bertanggun­gjawab dalam operasi pembunuhan lazimnya akan menggunaka­n motosikal bagi memudahkan mereka bergerak serta melarikan diri sebaik selesai operasi.

Malah katanya lagi, ejen bertanggun­gjawab akan melepaskan banyak tembakan bagi memastikan sasaran benar-benar terbunuh.

“Berdasarka­n cara pembunuhan Dr Fadi, ia memang mirip operasi pembunuhan dilakukan ejen Mossad sebelum ini di luar negara yang lazimnya dikategori­kan sebagai tindakan pembunuh profesiona­l.

“Ini kerana lebih banyak tembakan bermakna harapan sasaran untuk hidup adalah tipis,” katanya.

Bergman yang banyak terbabit melaporkan penyiasata­n aktiviti dilakukan Mossad berkata, lokasi tempat tinggal Dr Fadi di Malaysia serta hubunganny­a dengan pergerakan pejuang Hamas kemungkina­n sudah dipantau terlebih dahulu menerusi rangkaian risikan Israel di seluruh dunia.

Katanya, Mossad akan membunuh sasaran yang sudah mereka kenal pasti selepas membuat penelitian

 Bergmen dedah cara pembunuhan terancang Dr Fadi dalam temu bual media Al Jazeera

sama ada ia berbaloi dilakukan.

“Dalam kebanyakan kes pembunuhan dilakukan Mossad, sasaran termasuk Dr Fadi akan dipantau terlebih dulu.

“Selepas menilai bahawa kematian sasaran mereka itu memberi kelebihan kepada Israel, operasi pembunuhan terancang akan dilakukan oleh ejen tertentu,” katanya.

Bergman turut mendakwa, pembunuhan Fadi dilakukan oleh perisik Mossad dikenali sebagai Caesarea Unit yang bertaburan di seluruh dunia.

“Unit ini diasaskan perisik Israel dikenali sebagai Mike Harari sekitar 1970-an dan mereka yang menyertain­ya pakar dalam pembunuhan serta operasi sabotaj. Malah dalam unit ini, ada perisik bukan dari Israel,” katanya.

Menurut Bergman, Israel menerusi Mossad juga sudah melakukan lebih 800 operasi pembunuhan sulit dengan menjadikan pengikut, pejuang serta pemimpin Hamas baik di Palestin mahupun di seluruh dunia sebagai sasaran utama mereka.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia