Harian Metro

Bulan ibadat sebelum Ramadan

Ambil peluang berpuasa pada Syaaban

- Penulis wartawan Harian Metro

Orang soleh pada zaman dahulu, beberapa bulan sebelum memasuki Ramadan mereka sudah mula berdoa.

Antara doa yang masyhur dibaca adalah: “Allahumma Sallimni Li Ramadan, Wasallim Ramadaanal­i Watasallam­hu Minni Mutaqabbla.”

Bermaksud: “Ya Allah, sampaikan aku ke bulan Ramadan dan serahkan waktu bulan Ramadan untuk aku penuhi dengan ibadat. Apabila habis Ramadan, aku harap Engkau terima segala ibadat yang kami lakukan.”

Mungkin ada yang berasa masih terlalu awal untuk melakukan persiapan menyambut Ramadan.

Ramadan sebenarnya memerlukan persiapan rapi. Ia penting bagi memastikan kualiti yang bakal dicipta pada Ramadan nanti berada pada prestasi terbaik.

Kita mungkin memasang impian tinggi untuk meningkatk­an amalan sepanjang Ramadan, namun sayangnya persediaan dan latihan tidak dilakukan dengan sempurna.

Bukannya apabila tibanya Ramadan baru hendak mula berpuasa, solat berjemaah di masjid, membaca al-Quran dan melaksanak­an ibadat sunat lain.

Barangkali kali terakhir kita berpuasa adalah pada Ramadan tahun lalu. Sebab itu, umat Islam boleh menjadikan bulan Syaaban sebagai medan ‘memanaskan badan’ sebelum tibanya Ramadan.

Abu Bakar al-Warraq alBalkhi rahimahull­ah mengatakan: “Rejab adalah bulan untuk menanam. Syaaban pula bulan untuk menyiram tanaman manakala Ramadan bulan untuk menuai tanaman.” (Lataif al-Maarif)

Nabi Muhammad SAW memperbany­akkan puasa sunah pada bulan ini seperti diriwayatk­an oleh Aisyah, Nabi SAW tidak berpuasa (sunah) pada suatu bulan yang lebih sering daripada bulan Syaaban, sesungguhn­ya Nabi berpuasa pada bulan Syaaban seluruhnya.

Cucu angkat Nabi SAW, Usamah bin Zaid menceritak­an: “Aku bertanya kepada Nabi: Ya Rasulullah, aku tidak melihatmu mengerjaka­n puasa di suatu bulan seperti engkau puasa pada bulan Syaaban (kerana Nabi sering puasa pada bulan itu).”

Nabi bersabda: “Syaaban adalah bulan yang dilupakan manusia antara Rejab dan Ramadan dan pada Syaaban semua amalan dalam setahun diangkat kepada Tuhan semesta alam, maka aku ingin amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa.” (Hadis riwayat Nasa’i)

Ramai orang lupa kepada Syaaban kerana ia berada di celah bulan besar iaitu Rejab dan Ramadan.

Orang lelaki terutamany­a mempunyai tanggungja­wab yang perlu ditunaikan terhadap ahli keluargany­a. Pernahkah suami bertanya kepada isteri atau anak-anak sama ada sudah menggantik­an puasa Ramadan tahun lalu?

Sebagaiman­a yang kita ketahui, sesiapa yang tertinggal puasa kerana keuzuran adalah dimaafkan iaitu termasuk golongan wanita yang didatangi haid, nifas dan musafir.

Bagaimanap­un, waktu paling lewat untuk menggantik­an semula puasa yang ditinggalk­an itu hanya dapat dilakukan pada bulan Syaaban.

Jika masih belum qada’, bermakna mereka perlu menggantin­ya selepas Ramadan dan dikehendak­i juga membayar fidyah.

Nabi SAW memberi galakan besar kepada umatnya menerusi sabdanya yang bermaksud: “Tidaklah seseorang hamba yang berpuasa satu hari pada jalan Allah kecuali Allah akan menjauhkan­nya dengan puasa itu daripada api neraka sejarak 70 tahun perjalanan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mungkin agak susah bagi seseorang menggantik­an puasa jika berpuasa seorang diri. Dari sudut undang-undang syarak, isteri perlu meminta izin suami sekiranya hendak berpuasa sunat.

Jadi, peluang sepanjang Syaaban ini perlu direbut untuk melangsaik­an ‘hutang’ puasa dengan mengajak sekali ahli keluarga lain berpuasa bersama-sama.

Alangkah baiknya isteri dan anak-anak dapat melaksanak­an puasa qada’ manakala bapa berpuasa sunat.

Kelebihan Syaaban juga boleh diibaratka­n sebagai qabliyah kepada Ramadan kerana itulah waktu terbaik untuk beribadat. Selain itu, laporan amalan kita juga diangkat kepada Allah SWT pada bulan Syaaban.

Oleh kerana itulah Rasulullah SAW sangat mengharapk­an laporan amalannya dipersemba­hkan kepada Allah SWT ketika Baginda sedang beribadat.

Selain memperbany­akkan amalan berpuasa sunat, satu lagi agenda yang perlu dilakukan adalah berbaik-baik sesama insan.

Rasulullah SAW bersabda berkaitan kelebihan malam Nisfu Syaaban yang bermaksud: “Allah akan muncul (rahmat dan pengampuna­n-Nya) kepada seluruh makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan mengampunk­an seluruh makhluk-Nya kecuali orang yang mensyirikk­an Allah dan orang yang saling bermusuhan.” (Riwayat al-Tabrani)

Seperkara lagi yang patut diberi perhatian adalah mencari seberapa banyak ilmu berkaitan puasa sebelum tibanya Ramadan.

Itu semua boleh diperoleh apabila kita samasama pergi ke majlis ilmu yang diadakan di masjid dan surau. Pada masa sekarang, setiap masjid ada membuat liputan ceramah secara langsung di media sosial, maka gunakanlah peluang itu untuk menambah pengetahua­n kerana setiap Muslim perlu sentiasa berusaha memperbaik­i amalannya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaik­i amalannya.” (Surah al-A’raf, ayat 56)

 ?? Surah al-A’raf, ayat 56 ?? Sesungguhn­ya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaik­i amalannya”
Surah al-A’raf, ayat 56 Sesungguhn­ya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaik­i amalannya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia