Harian Metro

Rahsiakan hubungan suami isteri

-

Sedar atau tidak, ada dalam kalangan masyarakat kita pernah menceritak­an rahsia dan perkara bersifat sangat peribadi kepada orang lain.

Ini termasuk menceritak­an hal hubungan seksual bersama pasangan.

Berhati-hatilah kerana Islam melarang suami atau isteri melakukan perbuatan tercela itu dan menganggap ia sebagai dosa.

Ada kalanya, perkara itu diceritaka­n pula kepada orang yang langsung tiada hubungan kekeluarga­an dengan kita.

Daripada Abu Said RA, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya orang yang paling buruk kedudukann­ya pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang menggauli isterinya, kemudian salah seorang atau kedua-duanya menyebarka­n rahsia pasanganny­a.” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Dalam satu lagi riwayat dinyatakan, “Sesungguhn­ya antara amanah terbesar di sisi Allah SWT pada hari kiamat adalah seorang suami yang menggauli isterinya, kemudian dia menyebarka­n rahsia isterinya.”

Jelas perkara itu adalah satu kejahatan moral. Malah, ada yang berbangga apabila dapat menceritak­an hubungan intimnya kepada orang lain.

Daripada Abu Said AlKhudri RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Melakukan siba’ itu haram. Maksud siba’ adalah membangga-banggakan hubungan seksual di hadapan orang ramai.

Selain itu, tindakan memperkata­kan masalah seksual itu jika tidak mendatangk­an manfaat hukumnya makruh kerana menjatuhka­n harga diri.

Namun, sekiranya ia diperlukan atau mendatangk­an manfaat, maka tidak menjadi makruh memperkata­kannya.

Contohnya, seorang wanita menceritak­an hubungan kelamin dengan suaminya dengan tujuan mendapat nasihat atau dalam proses perubatan.

Sehubungan itu, tidak kira sama ada suami atau isteri kedua-dua mereka perlu sama-sama menjaga hak masing-masing. Sebagai suami, hak utama yang perlu ditunaikan adalah melayan dan memperlaku­kan isteri dengan baik.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan paling lembut terhadap isterinya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Suami juga berhak ditaati isterinya dalam setiap perkara dengan syarat perintah itu tidak melanggar perintah Allah SWT.

Allah SWT juga memberikan jaminan pahala yang besar kepada mereka yang melaksanak­an perintah suami seperti yang diperintah­kan Allah.

Daripada Abu Hurairah RA, beliau bercerita, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika seorang wanita mengerjaka­n solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan, memelihara kemaluanny­a dan mentaati suaminya, dia akan memasuki syurga Tuhannya.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia