Harian Metro

PENDEKATAN WASPADA

Syafiq tidak boleh agak dia orang dimaksudka­n dalam status di laman IG Jinggo

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Isu penyebaran gambar dan video bogel membabitka­n beberapa selebriti tempatan sebelum ini sedikit sebanyak menghantui pelakon Syafiq Kyle.

Apatah lagi ketika ini kehidupan seharian dikuasai kecanggiha­n teknologi dan penggunaan laman sosial.

Ditambah pula populariti diraih Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 26, menjadikan perkara itu lebih cepat menghampir­inya.

Namun, pelakon drama Tak

Ada Cinta Sepertimu itu sentiasa mengambil pendekatan berhati-hati dalam setiap perkara dilakukan terutama memuat naik gambar atau kapsyen di laman sosial.

Paling penting, Syafiq yang juga pemenang tempat kedua Hero Remaja 2011/2012 sentiasa mengingatk­an diri agar bijak mengawal ‘nafsu’ dalam mengejar sesuatu.

“Tidak dinafikan, perkara ini sangat bahaya. Banyak isu tak betul kesahihann­ya disebarkan seolaholah ia benar-benar terjadi. Nasihat saya untuk sesiapa saja, sama ada artis atau orang biasa, berhati-hati menggunaka­n media sosial.

“Perlu diingat, Internet bersifat selama-lamanya dan takkan terpadam hingga kita mati. Jadi, saya sentiasa berhatihat­i memuat naik sesuatu di laman sosial,” katanya.

Syafiq yang kembali mencipta nama menerusi drama Mencintaim­u Mr Photograph­er mengakui bimbang jika perkara itu berlaku ke atas dirinya.

“Kalau ia berlaku kepada saya, rasanya tak perlu takut jika saya tak buat.

“Bagaimanap­un, keadaan sekarang orang yang tidak bersalah pun boleh dipersalah­kan. Kalau saya menafikan pun, orang tetap akan bercakap dan buat seolaholah betul. Langkah terbaik, selalu berhati-hati,” katanya.

Pada masa sama, kejayaan beberapa drama lakonannya membawa nama Syafiq ke puncak hingga timbul isu dia dikatakan membatalka­n pembabitan dalam rakaman program masakan terbitan JS Pictures Sdn Bhd.

Bertambah hangat apabila pengarah dan penerbit program itu, Azman Yahaya atau Jinggo memuat naik status di laman Instagram (IG) miliknya.

Kebanyakan pengikut menganggap pelakon dimaksudka­n adalah Syafiq Kyle. Ditanya sejauh mana kebenaran perkara itu, Syafiq menegaskan dia tidak tahu menahu.

“Saya tak boleh kata pelakon dimaksudka­n Abang Jinggo itu saya. Apa saya boleh katakan, dia bekerja dengan ramai orang. Jadi, saya tak boleh agak adakah itu saya.

Saya kena jumpa dia dan tanya perkara sebenar.

“Kalau betul saya yang dimaksudka­n, saya minta maaf. Dalam perkara ini mungkin ada sedikit salah faham. Pihak saya tidak ada masalah untuk berjumpa.

“Insya-Allah, ada rezeki kami akan bekerjasam­a juga lagi nanti. Mungkin itu cara dia, jadi saya kena hotmat. Begitu juga sebaliknya yang dia kena hormat cara saya,” katanya.

HANNAH DELISHA HANYA KAWAN

Ditanya mengenai hubugannya dengan pelakon kelahiran Singapura, Hannah Delisha, Syafiq menegaskan mereka hanya kawan biasa.

Malah, Syafiq mengakui dia masih solo dan belum terbuka hati untuk bercinta kerana fokus utamanya kini adalah kerjaya.

“Diakui saya dan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia