Harian Metro

KARYA SEJARAH DALAM LUKISAN

- Nor 'Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Pengalaman menjadi pensyarah subjek Sejarah Tamadun Asia di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mencetuska­n ilham pelukis ini menghasilk­an lukisan bertajuk Pura Linggui.

Karya berkenaan dianggap istimewa kerana nilai sejarah lukisan itu yang perlu dikongsi kepada umum terutama generasi muda dalam memartabat­kan sejarah tanah air.

Lukisan genre naif yang menggunaka­n medium akrilik dan media campuran atas kanvas itu menceritak­an berkenaan Rona Linggui iaitu sebuah kota lama di Temasik yang wujud sekitar abad ke-12. Ia diketengah­kan dalam Pameran Rumah Kecil Tiang Seribu di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Menariknya, Ia adalah hasil kerja pelukis Muhamad Zulhilmi Abd Jalil atau lebih dikenali Ibnoo Jalil yang tercetus menerusi pembacaan kisah sejarah berkenaan.

Selain Muhamad Zulhilmi, terdapat seorang lagi pelukis yang terbabit dalam pameran itu iaitu Elly Nor Suria M Zainudin.

Muhamad Zulhilmi berkata, Rona Lingui muncul sebelum kewujudan kerajaan Melaka dan selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya.

"Zaman Rona Lingui ini berakhir selepas diserang kerajaan Majapahit yang turut dikenali sebagai Kota Batu Hitam, Temasik.

"Rona Linggui adalah masyarakat Nusantara yang mempunyai teknologi berdasarka­n pembinaan kota itu. Bagaimanap­un kota ini musnah disebabkan serangan kerajaan Majapahit," katanya.

Katanya, dia gemar mencetuska­n kisah lama dalam lukisan bagi memberikan pendedahan berkenaan kepelbagai­an kisah sejarah yang terdapat di negara ini.

"Dalam gambar ini ada visual perkampung­an dan selat yang memisahkan pulau. Apabila penonton menghayati lukisan ini akan menimbul persoalan dalam fikiran mereka untuk mengetahui­nya lebih lanjut.

"Daripada persoalan inilah sejarah lama akan muncul kembali," katanya,

Sementara itu, Elly Nor Suria pula menampilka­n hasil seni unik bertajuk 'The Patchwork of Street Colour' yang menggunaka­n lebih 50 warna untuk menghasilk­an lukisan berkenaan.

Katanya, karya itu memaparkan banyak visual bangunan di bandaraya Kuala Lumpur dan pemilihan warna terang pula menggambar­kan 'warna warni' di kota metropolit­an terbabit.

"Bandar raya ini menjadi pilihan ramai untuk bekerja kerana terdapat banyak peluang pekerjaan pelbagai bidang. Kewujudan banyak bangunan pencakar langit pula menunjukka­n pertumbuha­n ekonomi yang baik di Kuala Lumpur," katanya.

 ??  ?? INFO
Pameran Rumah Kecil Tiang Seribu
ARTIS : 2
KARYA : 49
TARIKH: 1 April hingga 30 April 2018.
MASA : 11 pagi hingga 8 malam
TEMPAT : Coffee House Hotel Premiera.
INFO Pameran Rumah Kecil Tiang Seribu ARTIS : 2 KARYA : 49 TARIKH: 1 April hingga 30 April 2018. MASA : 11 pagi hingga 8 malam TEMPAT : Coffee House Hotel Premiera.
 ??  ?? PENGUNJUNG ramai menghayati lukisan dalam pameran.
PENGUNJUNG ramai menghayati lukisan dalam pameran.
 ??  ?? MUHAMAD Zulhilmi bersama lukisannya bertajuk Pura Linggui.
MUHAMAD Zulhilmi bersama lukisannya bertajuk Pura Linggui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia