Harian Metro

KARYA ABSTRAK HELWA

-

lukisan yang setiap satunya mempunyai mesej tersendiri.

“Sebelum aktif seperti sekarang, saya pernah menghasilk­an lukisan potret dengan bayaran komisen untuk syarikat korporat pada 2015 dan selebihnya sekadar suka-suka.

“Namun, pertemuan dengan seorang ahli perniagaan mendorong untuk bergiat aktif dan saya masih ingat, lukisan pertama dihasilkan adalah pemandanga­n pada waktu senja.

“Ia sebuah lukisan abstrak dan saya mengambil masa selama sehari menghasilk­annya dengan menggunaka­n cat akrilik sebagai medium utama,” katanya yang juga anak sulung daripada lima beradik.

Menurut Nurul Helwa, sebagai pelukis baru, dia perlu bijak mencari peluang, jadi penyertaan dalam pameran seni adalah antara cara untuk memperkena­lkan hasil karya kepada pengunjung dan pencinta seni yang hadir.

Katanya, penyertaan dalam pameran berkenaan juga platform untuknya menjalin hubungan dengan pelukis lebih senior dan berpengala­man.

“Tahun lalu, saya mengambil bahagian dalam enam siri pameran bermula dengan penyertaan sulung bersama Art Market Malaysia di One Utama Shopping Centre pada

Ogos dan IM4U Art pada Disember.

“Ia kemudian diteruskan tahun ini bermula di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, Kuala Lumpur pada Mac, MATMEEPERU­PA di KL Gateway Mall, IMAGO Mundi, Jakarta, Indonesia dan akan datang di Victoria, Melbourne, Australia.

“Kepuasanny­a bukan saja kerana dapat turut serta dalam pameran disertai artis daripada pelbagai latar belakang, tetapi pengunjung datang melihat karya dihasilkan dengan lebih dekat,” katanya yang turut menjalanka­n perniagaan secara dalam talian.

Nurul Helwa berkata, minatnya dalam

Cabar kebolehan diri sebagai pelukis selepas tinggalkan kerjaya jurutera

menghasilk­an lukisan amat menebal sehingga dia sanggup menghabisk­an kebanyakan masa dengan melukis pada masa terluang.

Baginya, apa dilakukan itu tidak sia-sia kerana semakin ramai mula menunjukka­n minat dan menghargai karya seni yang dihasilkan pelukis di negara ini.

“Dulu, industri seni di negara ini mungkin agak perlahan berbanding di Eropah terutama dari segi penerimaan masyarakat terhadapny­a.

“Kini saya dapat lihat wujudnya kelompok peminat seni yang mula menghargai karya pelukis tempatan. Malah, saya boleh katakan begitu kerana pernah menjual lukisan dengan harga RM8,000.

“Jadi, saya yakin bidang ini ada masa depannya cuma perlu ada keinginan untuk belajar dan tidak cepat putus asa. Buat masa ini, saya sedang mengumpul pengalaman dan berharap ada rezeki untuk membuka galeri sendiri satu hari nanti,” katanya.

 ??  ?? NURUL Helwa memilih aktif sebagai pelukis sambilan.
NURUL Helwa memilih aktif sebagai pelukis sambilan.
 ??  ?? ANTARA hasil lukisan abstrak dihasilkan Nurul Helwa.
ANTARA hasil lukisan abstrak dihasilkan Nurul Helwa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia