Harian Metro

Ulamulaman amalan harian

- DARI MUKA H51

Dzuriasiki­m patuh pesanan ibu lebihkan makan sayursayur­an dan buah-buahan

“Jika dalam hidangan tiada ulaman mentah terasa seperti makanan kurang enak. Sifat ini terbawabaw­a sehingga dewasa. Malah di rumah ada saja sayur-sayuran hijau yang dijamah mentah atau buahbuahan dijadikan snek. Anak juga sudah terbiasa mengambil ulam-ulaman,” katanya.

Katanya, sebaik saja melahirkan anak pertama amalan pemakanan

Melayu lama menjadi lebih ‘ketat’. Dijaga ibu sepenuhnya herba seperti temulawak, cekur dan kunyit dimakan begitu saja untuk mengembali­kan tenaga serta baik untuk rahim. Begitu juga berurut, berbengkun­g, bertungku dan tangas untuk menghilang­kan angin dalam badan.

“Ketika berpantang saya perlu menjaga diri sepenuhnya, tidak boleh makan sembaranga­n. Minum hanya air suam dan mengambil jamu dan herba. Saya sangat berdisipli­n dan tidak pernah sesekali membantah arahan ibu kerana tahu kebaikan berpantang akan diperoleh di kemudian hari,” jelasnya yang tidak keluar rumah sehingga tempoh 44 hari.

Selain kebaikan kepada ibu, bayi juga tidak mudah diserang angin dan dapat tidur lena pada malamnya.

Menurut ibu tunggal ini, pengalaman ketika bersalin anak kelima dan diserang hematoma membuatkan dia terbaring selama tiga bulan. Dalam tempoh itu dia dinasihatk­an doktor mengambil banyak vitamin C bagi penyembuha­n luka serta melakukan pergerakan secara perlahan-lahan.

“Walaupun masih dalam kesakitan saya cuba untuk bangun perlahan-lahan dan menggerakk­an tubuh terutama kaki. Lamakelama­an saya dapat berdiri semula namun masih tidak seimbang.

Saya percaya badan tidak seharusnya dibiarkan lama terbaring tanpa melakukan pergerakan kerana sifat semula jadi ciptaan Allah berfungsi untuk pelbagai tujuan,” katanya.

Selepas kejadian itu Dzuriasiki­m tidak lupa bersenam sekurangku­rangnya berjoging di kawasan sekitar rumah untuk meningkatk­an tenaga. Bagi ibu kepada lima cahaya mata ini bersenam bukan untuk kecantikan luaran sebaliknya kesihatan dalaman adalah sangat penting.

Malah dia masih ingat kata-kata ibu, perempuan perlu menjaga penampilan terutama bab makanan dengan mengamalka­n pemakanan sihat dan melebihkan sayur-sayuran serta buah-buahan. Apabila kesihatan tidak dijaga penyakit akan datang pada bila-bila masa sahaja.

“Bagi wanita berusia 40 tahun ke atas metabolism­e semakin menurun. Oleh itu amat penting mengambil makanan berkhasiat. Elakkan makanan berminyak atau makanan segera. Minum banyak air kosong sekurang-kurang dua liter sehari,” katanya yang selalu melakukan ujian kesihatan dan setakat ini bebas penyakit darah tinggi, diabetes dan jantung.

Menyedari kebanyakan wanita akan kehilangan kalsium disebabkan proses mengandung dan melahirkan anak, amat penting mereka mengambil dua gelas susu sehari. Tidak perlu makanan tambahan atau pil kalsium kerana minum susu segar adalah lebih baik.

“Untuk wanita berusia, pengambila­n susu sangat bagus bagi mencegah osteoporos­is atau tulang rapuh. Kalsium bukan saja membina kekuatan tulang dan gigi tetapi juga mengelak rambut gugur serta kuku yang rapuh. Mencegah lebih baik daripada mengubati oleh itu saya sering jadikan susu sebagai minuman setiap hari,” katanya yang juga pengasas produk K’Hermosa.

 ??  ?? MINUM jus
buahbuahan untuk kekal sihat dan langsing.
MINUM jus buahbuahan untuk kekal sihat dan langsing.
 ??  ?? DZURIASIKI­M makan buah setiap hari.
DZURIASIKI­M makan buah setiap hari.
 ??  ?? CAMPURAN epal, pisang dan pudina untuk awet muda.
CAMPURAN epal, pisang dan pudina untuk awet muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia