Harian Metro

Urutan bermula dari dagu

- DARI MUKA H51

Naikkan tulang pipi, urut bahagian rahang jadikan wajah lebih runcing dan terbentuk

“Saya percaya wanita tidak perlukan suntikan botox dan meruncingk­an dagu atau menaikkan tulang pipi kerana ia tidak menyeluruh dan meninggalk­an kesan pada wajah. Sengkak adalah teknik terapi urutan apabila saraf ditekan pada tempat yang betul. Ia bukan sekadar urut biasa,” ujarnya.

Katanya, teknik ini dilakukan bermula di bawah dagu, tepi rahang, tulang pipi, bawah mata, telinga, pelipis dan kening apabila semua otot di situ diurut secara kuat namun tidak menyakitka­n. Ketika diurut bahagian ini akan ditolak ke atas (dinaikkan) sehingga terasa kesannya.

Bagi memudahkan urutan, terapi menggunaka­n minyak zaitun kerana ia mudah meresap ke dalam kulit. Urutan dilakukan selama sejam dan selepas disengkak wajah kembali kemerah-merahan disebabkan darah mengalir lancar .

“Ia dimulakan dengan membersihk­an wajah sebelum kulit disapu minyak zaitun. Selepas itu urutan bermula dari dagu ditolak ke atas. Pelanggan dapat merasai kesannya, ia tidak menyakitka­n namun memberikan keselesaan. Paling penting terapi perlu mencari titik atau pusat tertentu pada wajah. Menaikkan tulang pipi dan mengurut bahagian rahang menjadikan wajah lebih runcing dan terbentuk. Namun begitu pelanggan dinasihatk­an melakukan urutan dua minggu sekali untuk kesan optimum,” katanya.

Sebaik rawatan, pelanggan dapat merasai kesegarann­ya. Kelihatan tulang pipi sedikit menonjol. Ia bukan sahaja membentuk wajah tetapi juga sesuai untuk mereka yang sering sakit kepala atau tertekan kerana urutan ini turut mengurangk­annya. kesannya lebih ketara. Wanita meningkat usia akan merasai perubahan terutama apabila kulit mulai mengendur dan bahagian muka terasa seperti ‘jatuh’ disebabkan kekurangan kolagen.

Jelas Nur Faatehah, ini berlaku disebabkan pergerakan aktif pada otot wajah menyebabka­n kulit semakin ‘jatuh’ daripada kedudukan asal. Jika tidak dipulihkan, seri wajah akan hilang dan membuatkan seseorang tampak lebih tua berbanding usia.

“Ini kerana wajah mempunyai saraf halus dan setiap masa saraf itu bergerak aktif disebabkan pelbagai aktiviti seperti mengunyah, ketawa, tersenyum dan bercakap. Disebabkan aktiviti otot berlaku sepanjang masa lama-kelamaan, jika tidak diurut bagi membetulka­n kedudukann­ya, wajah tampak cepat tua sebelum usia,” katanya.

Urutan juga mampu mengurangk­an jerawat, menaikkan seri dan kesegaran wajah. Bagi wanita yang sering melakukan urutan akan mengetahui sama ada kedudukan otot sudah beralih atau sebaliknya. Caranya dengan memicit di sekitar muka. Jika terasa ketulan pada wajah, ia menandakan sudah berubah tempat atau ada otot ‘dimasuki’ angin.

- Siti Zarinah Sahib

 ??  ??
 ??  ?? 5. AKHIR sekali akhiri sengkak dengan memicit bahagian urat kiri dan kanan kepala untuk menghilang­kan tekanan.
5. AKHIR sekali akhiri sengkak dengan memicit bahagian urat kiri dan kanan kepala untuk menghilang­kan tekanan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia