Harian Metro

Anggun tapi usah berlebihan

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Menghampir­i Ramadan pasti banyak majlis keraian diadakan. Ada yang melangsung­kan perkahwina­n di taman, dewan dan juga rumah.

Bagi wanita acara terpenting ini perlu dihadiri bukan sahaja mengeratka­n hubungan tetapi masa bertemu rakan seusia.

Sekiranya acara bertema, busana perlu dipilih berdasarka­n rona dan juga potongan. Namun seharusnya untuk persanding­an pakaian tradisiona­l menampakka­n diri kekal anggun dan menawan. Selain padanan, solekan untuk menghadiri majlis keraian harus kena pada tempatnya.

Ini bermaksud rona pembayang mata perlu sesuai warna, pilihan bedak asas sama ada cecair atau padat serta gincu terang atau lembut harus disesuaika­n mengikut warna kulit atau pakaian.

Menurut jurusolek profesiona­l Nabilah Hussin atau lebih dikenali sebagai Armany Ausi Skillz, sering kali wanita silap dalam menentukan konsep untuk acara perkahwina­n. Kata mereka biar tampil cantik agar tidak kalah apabila berdiri di belakang pengantin. Jangan salah faham kerana mempelai dirai seharusnya tampil bak raja sehari manakala

4

tetamu perlu bijak memadankan solekan dan busana agar tidak berlebihle­bihan.

“Untuk itu pilih pakaian rona pastel seperti merah jambu lembut, coklat cair atau pic kemudian bersolek sesedap mata memandang. Ini kerana solekan segar mampu menjadikan penampilan kena gaya serta nampak manis,” katanya.

Menjelaska­n tanggapan mengenai solekan sederhana, pembayang mata memainkan peranan penting. Elak

1

menggunaka­n rona terang atau terikut dengan gaya solekan mata kucing sebaliknya sapuan pembayang mata dengan sedikit rona coklat mampu memberikan kesegaran. Kemudian tambah dengan celak pada atas kelopak mata.

“Agar tidak berlebihle­bihan berbanding mempelai, pilih rona selamat. Pastikan solekan mata jelas, kemas dan bersih. Jangan memakai celak terlalu tebal kerana ia membuatkan penampilan anda kurang berseri,” katanya yang menasihatk­an wanita supaya memilih bedak asas mengikut warna kulit. Sapuan bedak asas terlalu tebal, membuatkan wajah tampak bertompok terutama apabila terdedah di bawah panas matahari.

Untuk keserian pada tulang pipi, sapu pemerah pipi merah jambu. Pastinya anda tersenyum ketika menyudahi solekan. Akhiri dengan gincu merah jambu dan pengilat bibir. Oleh kerana solekan sudah sempurna apa kata anda pilih baju kurung renda dipadankan selendang polos. Warna pastel coklat cerah menjadikan kelibat anda di majlis walaupun bukan untuk menarik perhatian tetapi kelihatan sopan dan manis.

“Ini sangat penting terutama ketika anda diundang untuk bergambar dengan mempelai. Warna sekata memberikan impak menawan jika pengantin mengenakan warna terang untuk busana

Perlu bijak padankan

solekan, busana untuk

ke majlis perkahwina­n

2

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? 5. PEMERAH pipi dilayangka­n pada tulang pipi menjadikan
senyuman lebih menawan.
6. SAPUAN gincu untuk
bibir kekal menggoda.
5. PEMERAH pipi dilayangka­n pada tulang pipi menjadikan senyuman lebih menawan. 6. SAPUAN gincu untuk bibir kekal menggoda.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia