Harian Metro

LINDUNGI KULIT DARIpada PEnCEMARAN

-

Faktor persekitar­an seperti pencemaran udara, perubahan suhu penghidrat­an, menyebabka­n kulit menjadi sensitif, tidak selesa, kering dan merekah. Jika dibiarkan tanpa penjagaan sepatutnya menyebabka­n keadaan kulit menjadi lebih teruk kehitaman, jerawat dan jeragat.

Menyedari hal ini, Pengarah Own Brand, The Dairy Farm Company, Alfonso Roderos, menghasilk­an produk derma365 khusus dan dirumus khas untuk kulit bermasalah. Kekurangan produk untuk kulit sensitif di pasaran memberi ilham dalam penghasila­n derma365.

“Kami mencipta produk mampu milik yang boleh melegakan serta melindungi kulit daripada persekitar­an luaran yang mencabar. Derma365 memberi peluang kepada individu memperoleh kulit lebih sihat dengan menawarkan inovasi rumusan di makmal Baxter,” katanya.

Ketua Penjagaan Peribadi, Own Brand, Kesihatan & Kecantikan, Kumpulan Dairy Farm Antoinette Lasjunies, menjelaska­n gabungan alam dan sains dalam rangkaian derma365 menawarkan pilihan pembersih dan pelembap lebih lembut berbanding rutin penjagaan kulit yang mengeringk­an atau menyebabka­n liang pori tersumbat.

“Semua produk derma365 ditambah formulasi bebas sabun, pewarna, wangian, paraben, lanolin, bahan dari sumber haiwan, minyak mineral, SLS dan SLES,” ujarnya.

Guardian Malaysia yang menyediaka­n pelbagai produk farmaseuti­kal, kesihatan dan kecantikan kepada lebih 2.5 juta pelanggan di Malaysia, kini memperkena­lkan derma365 pembersih dan losen untuk semua jenis kulit, termasuk kering dan sensitif.

Untuk hasil terbaik, pengguna dinasihatk­an menggunaka­n air suam bersama pembersih derma365, diikuti losen derma365 Gentle untuk melembapka­n kulit. Derma365 boleh didapati secara eksklusif di Guardian bermula Mac pada harga RM48.90 untuk 500 mililiter.

 ??  ?? DARI kiri Lasjunies, Pengurus Produk, Kesihatan & Kecantikan Kumpulan Michelle Yeap, Pengurus Pemasaran Kanan Guardian Malaysia Shirley New dan Alfonso Roderos bersama produk derma365 Gentle Cleanser dan Gentle Lotion.
DARI kiri Lasjunies, Pengurus Produk, Kesihatan & Kecantikan Kumpulan Michelle Yeap, Pengurus Pemasaran Kanan Guardian Malaysia Shirley New dan Alfonso Roderos bersama produk derma365 Gentle Cleanser dan Gentle Lotion.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia