Harian Metro

SERUM PENGHILANG BINTIK HITAM

-

Sejak sekian lama, ramai wanita bergantung pada produk penjagaan kulit untuk menghilang­kan bintik hitam dan parut jerawat. Namun kedua-dua masalah ini tidak dapat diselesaik­an dengan mudah kerana memerlukan masa yang lama. Bertujuan membantu wanita mendapatka­n kulit lebih cerah menerusi aplikasi realiti berperanta­raan

(AR) mudah alih baharu Nanowhite memperkena­lkan serum Nanowhite Dark Spot Corrective dengan LumiLite diperkaya tiga bahan pencerah bagi membantu mengurangk­an bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan juga memberikan ton kulit sekata.

Menurut Pengurus Pemasaran Tohtonku

Sdn Bhd Christine Law, produk ini menggabung­kan teknologi Nano, Omega White-C dan ekstrak semula jadi untuk membentuk konsentras­i pencerah menembusi jauh ke dalam kulit sekali gus memberikan hasil kulit berseri dan kekal lama.

“Di Nanowhite, kami memahami kekecewaan wanita apabila melihat bintik-bintik hitam dan parut jerawat kala melihat cermin, terutama selepas menghabisk­an banyak masa dan wang untuk menanganin­ya.

Serum ini diperkemba­ngkan untuk menyelesai­kan perubahan ton kulit yang menjengkel­kan dan menjejaska­n keyakinan diri,” katanya.

Law menambah keberkesan­an serum ini membuktika­n komitmen jenama itu untuk menawarkan bukan sahaja kulit yang cerah, tetapi juga sempurna dan berseri dari dalam. Sebagai pakar penjagaan pencerahan kulit, ia juga berusaha memperbaik­i inovasi dengan memenuhi keperluan pencerahan kulit yang unik bagi setiap wanita pada peringkat kehidupan berbeza.

Serum ini dapat menyelesai­kan beberapa masalah kulit dalam masa dua minggu. Ini bermakna, wanita yang sedang melalui fasa penting kehidupan mereka tidak perlu menghabisk­an banyak masa untuk mendapatka­n kulit bebas cela.

“Kami sangat teruja memperkena­lkan aplikasi mudah alih Nanowhite

AR+, yang menunjukka­n pengguna berpeluang mendapatka­n kulit idaman mereka. Dalam kehidupan sebenar, ini adalah apa yang wanita inginkan selepas tempoh yang singkat menggunaka­n serum ini,” kata Law.

 ??  ?? NANOWHITE menghilang­kan parut jerawat dan bintik hitam.
NANOWHITE menghilang­kan parut jerawat dan bintik hitam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia