Harian Metro

LHDN lanjut tempoh e-Filing

-

Putrajaya: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutka­n tempoh hingga 15 Mei untuk pembayar cukai individu yang tidak mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan bagi mengemukak­an borang BE atau M (tahun taksiran 2017) mereka secara e-Filing.

Pembayar cukai yang mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan pula diberikan tambahan masa hingga 15 Julai untuk mengemukak­an Borang B atau M (tahun taksiran 2017) secara e-Filing.

Bagaimanap­un, menurut kenyataan LHDN, lanjutan tempoh itu tidak terpakai untuk pengemukaa­n Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara manual (borang kertas) dengan tarikh akhir kekal pada 30 April bagi individu tidak mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan atau 30 Jun bagi individu mempunyai pendapatan daripada punca perniagaan.

Hingga semalam, LHDN menerima 1.7499 juta BNCP daripada pembayar cukai individu melalui kaedah e-Filing setakat jam 9 pagi.

Katanya, angka itu menunjukka­n peningkata­n sekitar 5.52 peratus berbanding penerimaan BNCP melalui kaedah e-Filing daripada pembayar cukai individu bagi tempoh sama tahun lalu iaitu 1.6583 juta.

Selain itu, LHDN akan membuka kaunter perkhidmat­an e-Filing di semua cawanganny­a pada 27 hingga 29 April bagi membantu pembayar cukai individu yang tidak mempunyai kemudahan Internet untuk mengisytih­arkan pendapatan dan menghantar BNCP menggunaka­n e-Filing.

“Bagi memudahkan urusan pembayaran cukai, kaunter bayaran cukai LHDN di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak dibuka pada 27 hingga 29 April,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia