Harian Metro

Perkasa ilmu

- Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@nstp.com.my

 Forest City taja CSR pendidikan RM152,000

Dalam usaha untuk memperkasa pendidikan di negara ini, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) semalam menerima tambahan penajaan daripada Forest City bagi dua sekolah angkat di Gelang Patah, Johor.

Penajaan itu merangkumi dua gazebo Wakaf BH di SK Ladang Pendas dan SMK Tanjong Adang iaitu satu-satunya sekolah menengah yang menerima penajaan daripada Forest City menerusi syarikat Country Garden Pacific View Sdn Bhd.

Pengarah Komunikasi Korporat dan Jabatan Strategi Forest City, Aeron Munajat berkata, usaha itu sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihaknya terutama dalam mementingk­an pendidikan masa depan.

Katanya, Forest City memperuntu­kkan sebanyak RM152,000 bagi program penajaan gazebo Wakaf BH dan langganan sisipan New Straits Times (NST) dan BH serta penganjura­n bengkel.

“Ini tahun kedua kami bekerjasam­a dengan NSTP. Melalui pemantauan bersama guru besar dan sekolah yang terbabit, terbukti membantu menambah baik dan meningkatk­an pencapaian akademik pelajar.

“Kami berharap penajaan ini membantu pelajar memperoleh keputusan baik dalam peperiksaa­n,” katanya.

Turut hadir pada majlis penyerahan sumbangan ialah Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an dan Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jafar.

Sementara itu, Forest City turut menaja langganan BH Didik, Minda dan Skor selama setahun dan 1,600 buku pendidikan bagi siri peperiksaa­n.

Turut ditaja dua bengkel BH Didik UPSR bagi 120 murid daripada enam sekolah selain seminar BH Minda PT3 dan Bengkel BH Skor SPM.

Syarikat itu memberikan langganan setahun untuk NST School Times dan mengadakan bengkel NST-NIE UPSR bermula 28 April ini.

 ??  ?? AHMAD Zaini menerima sumbangan daripada Aeron di Balai Berita NSTP, semalam.
AHMAD Zaini menerima sumbangan daripada Aeron di Balai Berita NSTP, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia