Harian Metro

Laluan motor siap Jun ini

-

Petaling Jaya: Laluan dan jejambat motosikal di Lebuh Raya Persekutua­n yang kini siap 82 peratus pembinaan dijangka dibuka kepada penunggang motosikal selewat-lewatnya awal Jun ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan dan jejambat sepanjang 60 meter itu membabitka­n dua arah iaitu dari Shah Alam ke Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur ke Shah Alam.

Katanya, kawasan itu dipilih berikutan banjir yang kerap berlaku di situ sehingga menjejaska­n keselesaan pengguna.

“Penunggang motosikal perlu keluar ke Lebuh Raya Persekutua­n, yang khusus untuk kenderaan lain dan ini sangat berbahaya.

“Oleh itu kami membina jejambat ini dan berharap ia bukan saja memudahkan penunggang, malah memberi keselesaan dan meningkatk­an keselamata­n penunggang motosikal.

“Pembinaan kemudahan dengan kos RM29 juta ini diharap memberikan manfaat kepada 15,000 penunggang motosikal yang melalui jalan itu setiap hari,” katanya selepas melakukan lawatan mengejut ke tapak projek itu, semalam.

Terdahulu, beliau meluangkan masa 30 minit di tapak projek itu dan mendengar taklimat daripada Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Petaling, Abdul Latif Shariff.

Fadillah berkata, pembinaan itu siap lewat berbanding tarikh asal 10 April ini berikutan masalah lalu lintas dan utiliti, termasuk pengalihan jalan bagi memastikan kemudahan itu tidak menyebabka­n kesesakan berlebihan di lebuh raya itu.

Beliau berkata, kemudahan itu membuktika­n keprihatin­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menyediaka­n kemudahan kepada rakyat.

“Pada 2016, saya menaiki motosikal dan menggunaka­n laluan motosikal di sepanjang Lebuh Raya Persekutua­n ini.

“Saya dapati memang ada masalah, termasuk pencahayaa­n dan jalan berlubang. Kita serta-merta mendapat peruntukan RM500,000 untuk perbaiki jalan,” katanya.

 ??  ?? FADILLAH (kiri) melawat projek laluan dan jejambat motosikal di Lebuh Raya Persekutua­n, semalam.
FADILLAH (kiri) melawat projek laluan dan jejambat motosikal di Lebuh Raya Persekutua­n, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia