Harian Metro

‘Salah awak serius’

Lelaki gagal rayuan kes sokong, miliki barangan berkaitan Daish

- Ahmad Johari Mohd Ali ajohari@nstp.com.my

Mahkamah Rayuan semalam mengekalka­n hukuman 10 tahun penjara terhadap bekas penjaga zoo yang mengaku salah memberi sokongan dan memiliki barangan berkaitan kumpulan pengganas Daish dua tahun lalu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Mohtarudin Baki bersama-sama Datuk Yaacob Md Sam dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara menolak rayuan Mohd Shahrulliz­am Ramli, 32, terhadap hukuman itu.

Dalam penghakima­nnya, Mohtarudin berkata, mahkamah mengekalka­n hukuman selepas mendapati rayuan Mohd Shahrulliz­am tidak

Saya tidak menyalurka­n dana dan memberi ideologi serta berbaiah dengan kumpulan itu”

Mohd Shahrulliz­am

mempunyai merit.

Terdahulu, Mohd Shahrulliz­am yang mewakili dirinya sendiri dalam rayuan memohon supaya hukuman penjara 10 tahun terhadapny­a diringanka­n kepada enam atau tujuh tahun.

Perayu berkata, beliau hanya menyertai aplikasi Telegram kumpulan itu selama tiga bulan sebelum ditahan pihak berkuasa.

“Saya tidak menyalurka­n dana dan memberi ideologi serta berbaiah dengan kumpulan itu,” katanya.

Ditanya Mohtarudin sama ada hukuman dijatuhkan Mahkamah Tinggi terhadapny­a tinggi sedangkan dia hanya dikenakan satu pertiga daripada hukuman itu, Mohd Shahrulliz­am hanya terdiam.

“Kesalahan awak serius, jangan bermain dengan api,” kata Mohtarudin.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke berkata, perayu terbabit aktif dalam aplikasi Telegram kumpulan itu dan memberi komen berbentuk pujian mengenai pembuatan bom.

Pada 15 Ogos tahun lalu, Mohd Shahrulliz­am dipenjara 10 tahun selepas mengaku salah memberi sokongan kepada Daish dan dipenjara tiga tahun bagi kesalahan memiliki barangan berkaitan kumpulan terbabit.

Kedua-dua hukuman diperintah­kan berjalan serentak.

Mohd Shahrulliz­am sebelum ini didakwa memberi sokongan kepada Daish melalui aplikasi Telegram menggunaka­n nama Sharul di alamat 177-B5 Batu 11, Gombak di sini, antara 25 Mac dan 29 Jun 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan, membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta digunakan atau diniat untuk melakukan kesalahan itu.

Mohd Shahrulliz­am juga didakwa memiliki item berkaitan kumpulan itu termasuk pelekat kereta berlogo, bendera dan lilitan kepala di tempat sama pada 19 Julai 2016.

Tuduhan itu adalah mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana item terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia