Harian Metro

Jurutera tak mengaku makan suap RM25,000

-

Johor Bahru: Seorang jurutera kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kulai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan memperoleh rasuah bernilai RM25,000 membabitka­n pemberian kontrak menaik taraf cerun dan parkir di bangunan JKR Daerah Kulai, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Azizan Mohamed Yassin, 39, mengaku tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, dia didakwa secara rasuah memperoleh untuk diri sendiri suapan RM25,000 melalui akaun bank milik ahli keluargany­a.

Dia didakwa memperoleh wang itu daripada Abu Bakar A Aziz sebagai dorongan memberi kerja menaik taraf cerun dan parkir kenderaan jambatan berbumbung di pejabat JKR Daerah Kulai.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Berhad Cawangan Taman Universiti Skudai jam 4.03 petang, 23 Oktober 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, Khazrin Hafiz Khalil, manakala tertuduh diwakili peguam, Azi Azlin Zulkifli.

Tertuduh yang berjaket hitam dan bercermin mata hadir ke mahkamah bersama isteri dan anak bongsu berusia sebulan.

Terdahulu pihak pendakwaan memohon tertuduh diikat jamin RM30,000, selain meletakkan syarat tambahan supaya menyerahka­n pasport miliknya.

 ??  ?? AZIZAN (tengah) diiringi keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.
AZIZAN (tengah) diiringi keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia