Harian Metro

Nyawa dalam bahaya

- Amir Abd Hamid amir_hamid@nstp.com.my

Secara fizikal dia kelihatan sihat sama seperti rakan sebaya yang lain, namun seorang kanak-kanak lelaki yang kini berusia enam tahun amat mengharapk­an penderma bagi mendapatka­n buah pinggang baru untuk menyambung hayatnya.

Irwan Hasriq Izwan Hafiz, dilahirkan dengan buah pinggang pada sebelah kiri sahaja namun organ itu yang kini berfungsi pada tahap 15 peratus meletakkan nyawa kanak-kanak terbabit dalam bahaya.

Lebih merisaukan ibunya Nur Hanis Ahmad Jais, 25, apabila doktor memaklumka­n nyawa anak sulung daripada tiga beradik itu berada pada tahap bahaya.

Nur Hanis yang tidak bekerja menjelaska­n masalah sama menyebabka­n tumbesaran anaknya yang manja dengan panggilan Abam, dilahirkan pada 16 November 2012 secara pembedahan berikutan sudah melebihi tempoh jangkaan bersalin, berisiko terbantut.

“Sekarang perkembang­an

 Kanak-kanak 6 tahun rayu penderma buah pinggang

tulang Irwan Hasriq terbantut akibat beratnya kini bawah 15 kilogram dan semakin menyusut. Selepas dilahirkan, Abam ditempatka­n di wad penjagaan intensif bayi (NICU) namun dibenarkan pulang kerana doktor tidak mengesan sebarang masalah.

“Pada usia 10 bulan Abam kerap demam dan saya bawa dia ke klinik untuk pemeriksaa­n. Selepas sampel darah diambil saya diminta rujuk Abam ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang seterusnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Semasa di HKL baru doktor sahkan Abam dilahirkan dengan sebelah buah pinggang sahaja atau

katanya, ketika ditemui di Institut Pediatrik HKL, di sini, semalam.

Terdahulu, Nur Hanis yang menetap di Kampung Sungai Serdang, Jalan Kapar, Klang, ke Institut Pediatrik HKL, untuk mengambil ubat-ubatan bagi kegunaan anak sulungnya.

Wanita itu memberitah­u, dia menggunaka­n kemudahan kereta api dan monorel untuk ke HKL berikutan suaminya Izwan Hafiz Azlan, 27, bekerja sebagai jurukimpal tidak memiliki kenderaan sendiri.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurk­an sumbangan menerusi akaun Public Bank 4778033907 atas nama Izwan Hafiz Azlan.

Ibu kepada dua lagi anak iaitu Nur Izleen Nafisha, 5, dan Nur Iman Halish, 2, itu berkata, doktor memaklumka­n buah pinggang Abam, sudah dijangkiti kuman.

 ??  ?? NUR Hanis bersama Irwan Hasriq ketika ditemui di pekarangan Institut Pediatrik, HKL.
NUR Hanis bersama Irwan Hasriq ketika ditemui di pekarangan Institut Pediatrik, HKL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia