Harian Metro

Solat di Myawaddy

- (yang mengadakan Misi Kayuhan Solo 10,000 Kilometer Ke Makkah)

 Suliman dalam misi menuju Makkah kini masuki Myanmar

Ahad lalu, saya tiba di sempadan Mae Sot, Thailand dan berjaya menamatkan kayuhan sejauh 1,751 kilometer (km).

Ketika di sana, saya melihat ramai rakyat Myanmar beratur untuk memasuki negara mereka.

Alhamdulil­lah, seorang pegawai imigresen Thailand, melihat saya dalam keadaan kepenatan, mengarahka­n saya ke kaunter khas untuk menguruska­n kemasukan pasport pelancong.

Saya meneruskan kayuhan ke sempadan Myawaddy, Myanmar dan menginap di sebuah hotel tiga bintang kerana kerajaan Myanmar tidak membenarka­n orang luar tidur di masjid atau di rumah penduduk tempatan.

Saya berkesempa­tan menunaikan solat Maghrib di sebuah masjid lama di Myawaddy.

Satu perkara yang patut dipuji adalah masyarakat tempatan memang peramah dan ada yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.

Esoknya dari Myawaddy, saya berkayuh menuju ke Kawkarei sejauh 45km, memang berpeluh kerana matahari memancar terik sepanjang perjalanan.

Kali ini cabaran saya tempuh ialah jalan berbukit, lebuh raya, tanah merah dan konkrit yang menyebabka­n saya, basikal serta beg dibawa diselaputi debu merah.

Selepas berehat sehari di sebuah hotel di Hpa-an, semalam saya memulakan kayuhan ke Thaton dan Bilin.

Saya menjangkak­an ia akan mengambil masa 12 hari sebelum tiba di Bangladesh dan perjalanan ini perlu disingkatk­an atas faktor cuaca semakin panas.

Doakan saya diberi kekuatan sepanjang kayuhan dan tiba di destinasi dituju dalam keadaan selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia