Harian Metro

LONJAKAN ANIMASI

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@nstp.com.my

 Industri kandungan kreatif catat pertumbuha­n jualan eksport RM1.42 bilion tahun lalu

Industri kandungan kreatif dan animasi dilihat akan terus menjadi penyumbang signifikan kepada ekonomi digital negara apabila merekodkan pertumbuha­n jualan eksport RM1.42 bilion berdasarka­n prestasi MSC pada tahun lalu.

Naib Presiden Teknologi dan Kandungan Kreatif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Hasnul Hadi berkata, industri animasi sendiri mencatatka­n perolehan lebih RM200 juta dan meningkat 18 peratus antara 2013 dan 2017.

Katanya, jumlah eksport pula menggalakk­an dengan lebih RM120 juta iaitu berkembang pada kadar 37 peratus sejak 2013.

“Sehingga kini, terdapat lebih 365 studio dalam negara terbabit secara langsung di beberapa produksi animasi, sekali gus mencipta 11,150 peluang pekerjaan di pelbagai sektor kreatif seperti animasi, permainan, media baru, VFX dan platform insfrastru­ktur. “MDEC juga komited menyediaka­n sumber dan mencipta peluang bagi pemain kandungan kreatif membangunk­an kandungan tempatan dalam memenuhi pasaran global,” katanya, di sini.

Menurutnya, Malaysia juga berpotensi besar menjadi lokasi pelaburan yang mampu membekalka­n bakat dan kandungan bertaraf dunia, sekali gus menjadi hab kandungan kreatif bagi rantau lain.

Sebagai permulaan untuk Malaysia, beliau berkata, industri animasi 3D turut menjadi sumber inspirasi dalam membangunk­an industri kreatif.

“Sejak animasi 2D Hikayat Sang Kancil pada 1978, Malaysia merevolusi industri animasi apabila memperkena­lkan 3D Saladin: the Animated Series pada 2010.

“Hari ini negara menjadi rantau yang paling aktif mengeluark­an kandungan animasi termasuk Didi & Friends dan Omar & Hana (Digital Durian), BoBoiboy (Monsta Studios), Ejen Ali (Wau Animation) dan Upin Ipin (Les’ Copaque),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia